Jenazah 4 beranak mangsa kemalangan maut jalan Bentong selamat dikebumi

Jenazah 4 beranak mangsa kemalangan maut jalan Bentong selamat dikebumi

Jenazah empat beranak yang maut selepas kenderaan mereka dinaiki dirempuh sebuah pacuan empat roda yang dipercayai melanggar lampu merah di Kilometer 2 Jalan Lebu-Mempaga, Bentong semalam selamat dikebumikan pagi ini.

Keempat-empat mangsa yang terdiri daripada isteri dan tiga anak berusia 43 hingga empat tahun itu dikebumikan dalam satu liang lahad di Perkuburan Islam Kampung Panchor, Pengkalan Chepa, Kelantan di sini pada 9.50 pagi tadi.

“Saya hanya sempat mendengar arwah isteri menyebut Allahuakhbar sebelum kami dirempuh kenderaan itu dan menyebabkan isteri dan tiga anak kami tercampak keluar dari kenderaan…Saya tidak sempat berbuat apa-apa dan tidak nampak kehadiran kenderaan itu di hadapan kereta kami,” ujar suami mangsa, Mohd Nazri Hamid.

Sumber – FB Bernama