Jep Sepahtu mengaku hidap OCD, makan karipap pakai sarung tangan

Pelawak terkenal, Jep Sepahtu mendedahkan bahawa dirinya menghidap penyakit yang dikenali sebagai Obsessive Compulsive Disorder (OCD).
Perkara itu hanya diketahui selepas dia diusik oleh penyampai radio, Linda Onn kerana memegang sebiji kuih karipap dengan menggunakan sarung tangan plastik.
“Jep pusing sini kejap, pusing kejap nak tengok. Tangan tu makan karipap kenapa pakai sarung tangan?
“Tak pernah nampak orang makan karipap pakai sarung tangan,” katanya.
Dalam satu hantaran video yang dimuat naik oleh Linda di TikTok, pengakuan tersebut nyata mengejutkannya.
“Tak ramai tau yang @jeptapansepahtu ada OCD kan? Linda pun baru tau.
“Lepas korek-korek cerita daripada Jep, rupanya macam-macam yang Jep kena hadap, Sabar ye Jep.
“Terima kasih Jep sudi terangkan,” tulis Linda dalam kapsyen video tersebut.
Setelah disoal oleh Linda, Jep turut menunjukkan sekotak plastik sarung tangan yang dibawa bersamanya di dalam beg silang meskipun pada awalnya tidak mahu menunjukkannya.
“Allahuakhbar.. takde jawapan lah.
“Saya ada OCD,” katanya ketika ditanya.
@lindaonn Tak ramai tau yang @jeptapansepahtu ada OCD kan? Linda pun baru tau 😅. Lepas korek2 cerita daripada Jep, rupanya macam2 yang Jep kena hadap.. Sabar ye Jep… Thank u Jep sudi terangkan.. #ocd #friends #currypuff #eat #clean #fyp #tiktok #tiktokvideo
Apa itu OCD?
OCD merupakan gangguan kesihatan mental. Gangguan ini boleh dihidapi oleh semua peringkat umur dan lapisan masyarakat. Lazinmya, ia mendorong pesakit untuk melakukan tindakan kompulsif takut terhadap penyaki atau pencemaran.
Umumnya, setiap orang mempunyai pemikiran obsesif atau pemikiran kompulsif akan melakukan sesuatu perkara secara berulang kali. Namun, untuk konteks pesakit OCD, perbuatan mereka dilakukan secara berlebihan (melampau) hingga mengganggu aktiviti harian mereka.
Difahamkan, OCD terbahagi kepada dua iaitu, Obsesi dan Paksaan.
Bagi obsesi, ia merujuk kepada pemikiran, imej atau desakan yang tidak diingini atau mengganggu yang menimbulkan perasaan yang amat sedih atau takut.
Manakala paksaan pula ialah tingkah laku yang dilakukan oleh individu untuk cuba menghilangkan obsesi atau mengurangkan tekanan.
Yang membezakan antara pesakit OCD dan mereka yang normal adalah kekerapan pemikiran tersebut yang sering difikirkan dari semasa ke semasa.
Obsesi pencemaran
Menurut pakar, salah satu jenis obesesi adalah obsesi pencemaran. Ia merujuk kepada kebimbangan pesakit terhadap nama, imej, konsep, atau ciri-ciri orang tertentu yang boleh dipindahkan kepadanya (terkena jangkitan).
Sebagai contoh, ada sesetengah pesakit takut untuk menyentuh lantai, tanah atau sebarang objek awam di luar rumah kerana bimbang dijangkiti penyakit seperti cecair dalam badan (najis, air kencing), kuman atau penyakit (HIV, Covid-19).
Di samping itu, obsesi keganasan, obsesi tanggungjawab, obsesi identiti dan obesesi berkaitan kesempurnaan juga termasuk dalam jenis obesesi OCD.