Jepun perluas kawasan darurat sambut gelombang keempat Covid-19

Jepun perluas kawasan darurat sambut gelombang keempat Covid-19

SERAMAI 350,000 orang menandatangani petisyen yang menggesa supaya Sukan Olimpik Tokyo dibatalkan, berikutan Jepun memperluaskan pengisytiharaan darurat Covid-19 di negara itu, pada Jumaat.

Perluasan darurat Covid-19 tersebut bertujuan untuk menangani gelombang keempat virus itu yang menjejaskan sistem perubatan Jepun.

Bekas calon gabenor Tokyo, Kenji Utsonomiya, mendesak penganjur untuk mengutamakan kepentingan nyawa dengan menyerahkan petisyen tersebut kepada pihak berkuasa.

“Dengan mengadakan Sukan Olimpik dalam keadaan pandemik, ia bermakna kita harus mengasingkan sumber perubatan yang berharga ketika ini untuk temasya tersebut,” ujarnya.

Persatuan doktor memberi amaran bahawa mengadakan acara sukan dalam keadaan selamat ketika diserang wabak ini adalah mustahil.

Bagaimanapun, pihak penganjur pula mengatakan prosedur yang ketat, ujian harian dan pergerakan terhad mampu mencegah jangkitan. – Daily Mail