Jeti tiba-tiba roboh, ramai terharu tengok usaha guru & orang awam selamatkan murid
Sejak pagi tadi, tular di media sosial beberapa rakaman menunjukkan jeti runtuh sehingga pelajar-pelajar sekolah yang berada di tempat kejadian jatuh ke dalam air.
Merujuk kepada perkongsian dari beberapa individu di laman Twitter, kejadian tersebut berlaku di Sk Pababag Semporna ketika murid sekolah dan guru sedang bersiap sedia menuju ke sekolah.
Dpt dri group ws. Siannya budak-budak sekolah 😭. Semoga semuanya selamat dan baik-baik jer. Semoga Allah balas jihad dorang dgn masa depan yg baik 😢. pic.twitter.com/HftTe4aAwL
— Jonathan (@jonjonahah) January 30, 2023
Guru & orang awam terjun selamatkan murid2
Menerusi video-video yang dikongsikan juga, dapat dilihat yang orang dewasa termasuklah guru-guru terjun ke dalam air untuk menyelamatkan murid sekolah yang jatuh bersama beg serta perkakas belajar mereka.
tengok tiang pun dah tahu tunggu masa je jeti tu nak roboh… kesian sangat. sampai bila anak2 pulau pedalaman nak hadap benda macam ni 🥺 mana eh ahli ahli politik? nda mahu bantu ka?
from this. to this. pic.twitter.com/zgPbM68S1T
— عدني🦋 (@adnrahman) January 30, 2023
KPM sudah dimaklumkan
Beberapa pengendali bot yang berada di kawasan tersebut juga turut bertungkus lumus memberikan bantuan bagi menyelamatkan semua mangsa yang terlibat.
Menerusi perkongsian dari My Semporna, setakat ini pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sudahpun dimaklumkan tentang kejadian yang berlaku.
Menerusi posting yang dibuat salah seorang penjaga kepada murid yang terlibat, guru-guru dan pelajar yang tahu berenang telah membantu mangsa yang lain dan difahamkan semua dalam keadaan selamat.
Buat masa ini belum ada sebarang kenyataan lebih lanjut berhubung insiden tersebut dan diharapkan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.