Jijik!!! Beraksi lucah dalam LRT, warga asing disiasat polis

Jijik!!! Beraksi lucah dalam LRT, warga asing disiasat polis

Polis menyiasat kejadian lelaki dipercayai warga India menunjukkan kemaluan dan melakukan aksi onani di dalam stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di USJ 21, di sini, sehingga tular di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Amihizam Abdul Shukor berkata, video kejadian itu dimuat naik di laman sosial Twitter oleh pemilik akaun bernama Fishy pada 6 April lalu.

Menurutnya, video ini berdurasi selama 10 saat itu menunjukkan seorang lelaki dipercayai warga India menunjukkan kemaluan dan melakukan aksi onani di dalam pengangkutan awam itu.

“Susulan kejadian ini, wanita berusia 19 tahun yang juga saksi dan penumpang dalam LRT itu tampil membuat laporan polis.

“Kejadian berlaku pada 8.30 malam, 4 April lalu yang mana wanita terbabit menaiki LRT dari Stesen Alam Megah menuju ke Stesen Taman Melawati,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amihizam berkata, ketika melalui Stesen USJ 21, Subang Jaya, suspek masuk dan duduk di kerusi berhadapan dengan pengadu sebelum melakukan aksi yang tidak senonoh itu.

“Wanita terbabit sempat merakam sebahagian perbuatan suspek dan sehingga kini, identiti suspek belum diketahui.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan perkataan atau menunjukkan isyarat yang dimaksud bagi mengaibkan kehormatan seseorang,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis juga amat mengalu-alukan mana-mana masyarakat Subang Jaya dan sekitar yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkan kepada pihak polis melalui nombor telefon 03-56210343 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya) untuk tindakan lanjut. – Harian Metro