Jika anda berdepan peniaga bermulut puaka, ini tips yang boleh anda amalkan

Jika anda berdepan peniaga bermulut puaka, ini tips yang boleh anda amalkan

Aku ni kira berpuluh tahunlah makan kat macam-macam restoran kat Melaka ni, belum pernahlah kena marah dengan tokey kedai. Ya betul bahasanya kasau, pitchingnya tinggi, tapi tak perlu nak touching bagai.

Selaku darah separuh Melaka, sebenarnya nak ‘bergaruk’ dengan orang Melaka ni senang je…

Dia jerkah kau, kau jerkah dia balik. Dia ok je…itu pun kalau kau nak jerkah balik. Kalau tak nak balas, senyap je…makan, bayar, balik…

Dalam kisah viral tu disebutkan makcik tu marah pelanggan, asalnya sebab pelanggan yang komplen lauk banyak dah habis, so makcik ni tembaklah “Kau datang pukul berapa, ada gajah, gajah pun habis!”

Pelanggan yang tak biasa memang akan sentap. Tapi orang macam ni biasa kita sound balik…

“Dah tau banyak customer masaklah banyak sikit! Besaukan kedai ke. Ini dari dulu sampai sekarang besau ni je kedai!” Contoh…

Kemudian makcik tu kecam lagi sebab customer order telur dadar je, “Tak ada hasil la tu makan telur dadar je…”, kau jawab je balik “Eh hawau! Telur dadar pun aku bayau tau, bukan korek harta pusaka engkau. Habis tu nak meniaga ke tak meniaga ni?!” Contoh…

Itulah cara orang Melaka bermesra dan bergurau…

Jadi teori customer always right tak semestinya betul sepanjang masa…contohnya masa makan nasik goreng sotong kat Taman Melati, dulu laa…Biasa set dia nasik goreng sotong + telur goyang. Ada sekali tu aku order telur mata kerbau yang biasa tak nak yang cair, terus dijerkahnya aku “Eh banyak cengkadak la engko nih, tak nak goyanglah apa lah! ”

Ada sekali aku tak nak order telur langsung. Pun kena sound jugak. “Engko tak nak telur? Apa pasal? Engko dah ada telur 2 bijik yang bergoyang dah?”

Pernah jugak minum tu mintak air kosong, dijerkahnya aku “Eh engko kalau nak minum air kosong engko tak payah makan sini, rumah engko berlambak air kosong!”

Kalau tiktok ada zaman tu, gamaknya pakcik ni glemer lama dah. Tapi katanya pakcik ni dah tak meniaga kat situ dah, dah lebih 5 tahun….

Engko kalau nak banyak bunyik ko maki hamun KFC ke, McD ke, Pizza Hut ke, bolehlah…kalau yang peniaga SME ni, engko pegang gini je…mulut macam lahabau kalau masak sedap, orang akan datang…tapi kalau dah masak tak sedap, engko buat belly dance pun orang tak datanglah….

Sumber  РFB Mohamed Hadi AH