Jika bukan Nurul, mungkin Anwar akan lantik menantunya sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan di PMO

Jika bukan Nurul, mungkin Anwar akan lantik menantunya sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan di PMO

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mendedahkan beliau dilantik sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Namun timbul desas desus mendakwa Anwar sebenarnya lebih berminat membawa menantunya yang baru sahaja menikahi puteri sulungnya itu sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangannya.

Ini memandangkan kelulusan dan pengalaman dimiliki menantunya, Yin Shao Loong sememang lebih daripada layak bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut, berbanding anaknya sendiri.

Pengulas politik tanah air, Liyana Marzuki pernah membongkar latar belakang jejaka berketurunan Cina itu di dalam FB miliknya sebelum ini.

Menurut Liyana, dia pernah bertugas bersama lelaki tersebut di Kementerian MITI, selain menyifatkan lelaki itu antara pegawai peyelidik dan media yang paling berkaliber dan sering menjadi rujukan yang lain.

Yin juga merupakan lulusan Imperial College London dan banyak bekerja dengan organisasi antabarangsa, malah sememangnya dikenali sebagai seorang yang merendah diri.

Namun, bagi mengelakkan persepsi buruk dilemparkan musuh politik terhadapnya, Anwar dilaporkan terpaksa beralih kepada ‘plan B’dengan melantik anaknya sendiri.

Sementara itu, dalam satu wawancara dengan The Star, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, perlantikan beliau ke jawatan itu berkuatkuasa pada 3 Jan lalu.

Memetik portal FMT, anak kepada perdana menteri itu berharap pengalamannya sebagai Ahli Parlimen di mana beliau menangani isu seperti kemiskinan dan pendidikan vokasional dan teknikal (TVET), dan juga pernah berada dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara membantunya menjalankan tugas itu dengan baik.

“Ini menjadi kelebihan kerana saya pernah bekerjasama dengan pakar dalam mengendali tadbir urus ekonomi, akauntabiliti dan dasar berasaskan bukti,” katanya kepada akhbar itu.

Nurul Izzah juga berkata, misinya adalah untuk menyalur dan mengumpul bakat Malaysia yang terbaik dan bijak, di luar atau di dalam kerajaan, dan memberi nilai tambah kepada usaha berterusan kerajaan untuk meningkatkan situasi ekonomi rakyat.

“Peranan baru ini membolehkan saya mengambil tanggungjawab baharu yang tidak dinafikan lagi mencabar lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi yang kita hadapi.

“Bagaimanapun, saya yakin mampu memberi menyumbang kepada evolusi sebuah negara yang bukan hanya berkembang semata-mata tetapi turut mengangkat kehidupan semua peringkat masyarakat dan memberi peluang yang sama rata,’ katanya.

Nurul Izzah sebelum ini menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai selama dua penggal bermula pada 2008 sebelum berpindah ke Permatang Pauh di man