“Jika sekiranya diam itu bijak, lakukanlah” – Status isteri ND Lala cetus tanda tanya

“Jika sekiranya diam itu bijak, lakukanlah” – Status isteri ND Lala cetus tanda tanya

Kapsyen yang ditinggalkan oleh isteri kepada pelakon dan penyanyi terkenal era 80-an, ND LalaFauziah Sarman mengundang tanda tanya apabila mengatakan yang akan memilih untuk berdiam diri andai ia adalah satu perkara yang bijak untuk dilakukan.

“Jika sekiranya DIAM itu bijak LAKUKANLAH…”
“Tapi ketika BIJAK itu diinjak, BICARALAH” tulisnya.

Nama suami dipetik netizen

Perkongsian ibu kepada penyanyi popular, Shila Amzah itu menjadi perhatian ramai selepas nama suaminya ‘dipetik’ netizen berkenaan isu poligami.

Hal ini susulan dakwaan terdapat seorang artis yang terkenal sekitar tahun 80-an telah bernikah lagi. Beberapa kriteria yang dinyatakan seakan merujuk kepada ND Lala atau nama sebenarnya Dato’ Amir Amzah bin Salleh.

Walau bagaimanapun, isu tersebut tidak dijelaskan oleh mereka dan Fauziah turut berkongsi gambar bersama bersempena dengan hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-35.

Meninjau ruangan komen posting yang dibuat, ramai yang mendoakan afar Fauziah dalam keadaan baik-baik sahaja dan berharap agar dia kuat dalam mengharungi apa juga dugaan.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai penyanyi dan pelakon era 80-an dikatakan telah bernikah satu lagi secara rahsia.

Difahamkan, isteri mudanya itu mempunyai jarak usia yang cukup jauh dan penduduk sekeliling kerap melihat penyanyi itu berada di kediaman isteri barunya.