‘Jika yang disakiti enggan memaafkan, maka Allah pun enggan’ – Athira Yuhada

‘Jika yang disakiti enggan memaafkan, maka Allah pun enggan’ – Athira Yuhada

 

Sejak kisah kecurangan pelakon Hafidz Roshdi dibongkar oleh isterinya, Nurul Shuhada, semakin banyak pendedahan dikeluarkan oleh isterinya, Nurul Shuhada dengan orang ketiga, Athira Yuhada.

Disebalik kelantangan Nurul Shuhada atau mesra disapa Shu, rupanya orang ketiga tidak berdiam diri dan bersuara menerusi platform media sosial miliknya.

Belajar jaga perasaan orang lain

Menerusi hantaran dikongsikan di laman Insta dan Facebook Story, Athira menasihati orang ramai agar belajar menjaga perasaan seseorang tanpa menyakiti hati mereka.

“Belajarlah menjaga perasaan orang lain, jangan menyakiti,” kongsinya.

Tak ‘lut’ kemaafan jika kalau orang disakiti tak maafkan…

Katanya lagi, tiada guna sekiranya seseorang itu banyak membuat amal ibadah jika orang yang disakiti enggan memaafkan.

“Kerana seberapa banyak kamu sujud pun, jika yang disakiti enggan memaafkan. Maka, Allah pun enggan,” tulisnya lagi.

Meskipun perkongsian itu tidak ditujukan secara spesifik, namun ia dikongsikan selepas isteri Hafidz Roshdi mandedahkan ‘sisi gelap’ kisah kecurangan suaminya.

Terdahulu, Hafidz Roshdi dikatakan telah kantoi curang dengan seorang wanita dikenali sebagai Athira Yuhada. Wanita terbabit juga telah memuat naik satu kenyataan dengan memohon maaf dan mengakui kesilapannya yang menggangu rumah tangga pelakon itu.

Walau bagaimanapun, selepas seminggu isu terbabit berlegar-legar, pelakon drama Mr Donat Karamel itu telah melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon bersaksikan keluarga.