Joget ‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih perhatian netizen

Joget ‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih perhatian netizen

 

Fenomena lagu Alamak Raya Lagi nampaknya bukan saja mempengaruhi orang Melayu Islam, bahkan turut memberi idea kepada rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Antaranya seorang tauke babi yang turut tidak melepaskan peluang untuk memuat naik lagu dendangan kumpulan De Fam itu di TikTok dengan disertai tarian yang tersendiri.

Berdasarkan maklumat di akaun media sosial tersebut lelaki terbabit merupakan penjual daging babi panggang di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ditinjau di laman sosialnya, lelaki Cina berkenaan dilihat memang gemar membuat kandungan berupa tarian di TikToknya.

Menurut kapsyen yang ditulisnya, tarian bagi lagu Alamak Raya Lagi itu ditujukan buat rakan-rakannya yang berbangsa Melayu.

Tarian yang dimuat naik di TikTok pada 14 April lalu berjaya meraih sebanyak 1.6 juta tontonan setakat berita ini ditulis.

“Maaf saya lambat buat cover ini. Ini joget untuk kawan-kawan Melayu saya, terima kasih kerana menjadi sebahagian hidup saya,” tulisnya.

Dia juga memberi penghargaan kepada kawan-kawan kerana sedia menerima dia seadanya di sebalik terlibat dalam perniagaan yang tidak halal mengikut hukum Islam.

Sementara itu di ruangkan komen menunjukkan video berkenaan mendapat reaksi positif warga maya termasuk dalam kalangan orang Melayu yang terhibur dengan gelagat individu terbabit.

Bahkan ada yang memuji langkah ahli perniagaan itu sebagai simbol perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini dalam meraikan kepelbagaian.

Sebelum ini Lagu Alamak Raya Lagi dendangan kumpulan De Fam mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India menggayakan baju kurung dan kebaya menari menggunakan lagu itu dalam aksi klip video hari raya sehingga sohor kini di TikTok.

Dikenali dengan nama The Cine Dance, video 11 penari berusia antara 14 hingga 26 tahun itu semakin mendapat perhatian di media sosial di TikTok, Instagram dan Facebook sehingga merekodkan hampir sejuta tontonan.

Selain menarik minat masyarakat bukan Melayu, lagu berkenaan juga dilaporkan telah tular ke luar negara.

@samous4861

Alamak! Lori cakap bye semasa aku joget ~ oi jangan lari oi💃🕺🙈🙈🙈 Maaf saya lambat buat cover ini, ini joget untuk kawan-kawan Melayu saya, terima kasih kerana menjadi sebahagian dari hidup saya dan menerima saya seadanya tidak kira perniagan saya tidak halal~ sayang dan bangga sebagai rakyat Malaysia ❤️ Selamat Hari Raya Song@De Fam #alamakrayalagi #alamakrayalagichallenge #raya2024 #lukut #兴记烧肉档

♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam