“Jom resign ramai-ramai” – Perlu ke majikan takut pekerja toksik begini?

“Jom resign ramai-ramai” – Perlu ke majikan takut pekerja toksik begini?

 

Salah satu cabaran yang paling besar untuk majikan dalam dunia bisnes adalah melayan kerenah pekerja-pekerjanya.

Kebanyakan bos hari ini amat risau jika tersalah memilih staf yang kebiasaannya akan mula menunjukkan perangai mereka yang sebenar setelah lama berkhidmat.

Paling teruk, jika mereka tidak berpuas hati, mereka akan ‘meracun’ atau menghasut pekerja yang lain agar menanam sifat kebencian terhadap pihak pengurusan atau pun bos mereka tersebut.

Seorang ‘coach’ bisnes, Sahar Sahad telah membuat hantaran berikut di Facebooknya yang mengajar para majikan agar tidak mempedulikan pekerja yang toksik seperti ini.

Apakah yang boleh dilakukan oleh majikan sekiranya staf mereka ini berpakat pula untuk ‘resign’ beramai-ramai? Jom ikuti tunjuk ajar dan nasihat dari beliau berikut.

Majikan

Majikan tak perlu terlalu menyalahkan diri sendiri bila kita tersalah pilih staff yang terlalu toxic.

Toxic di dalam mereka ni biasanya akan mula keluar bila ada benda yang dia tak puas hati. Sememangnya dah ada kat dalam diri dia selama bertahun-tahun sebelum dia join kita pun.

Bila dia rasa tergugat atau tertekan, mereka akan mula menghasut yang lain mewujudkan kumpulan kecil membenci dan mencipta persepsi buruk kepada pengurusan. Ini biasa. Sifat manusia kebanyakannya.

Jom resign ramai-ramai adalah hasutan biasa yang perlu dihadap oleh majikan.

Mana mungkin nak boleh kita trace sewaktu interview atau di awal-awal dia bekerja dengan kita.

Nak menilai staff adalah sewaktu kerja banyak, stress level meningkat dan di waktu syarikat di dalam krisis. Di sini kita akan nampak their true colors.

Time tengah senang, semua berjalan lancar tak akan terkeluar sifat sebenar jati diri masing-masing.

We learn this lesson. It’s ok kalau nak lepaskan ke semua mereka yang dah tak ngam dengan kita.

Restart and move on.

Selamat berbisnes.

#saharsahad
#backtobasics
#ilmuteknikalbisnes
#entrepreneurshipisalifestyle
#sidang
#Silibus