Jualan merosot, Tesla potong harga semua model kereta hampir AS$2,000 di China & Amerika Syarikat

Jualan merosot, Tesla potong harga semua model kereta hampir AS$2,000 di China & Amerika Syarikat

 

Tesla memotong harga semua model kereta keluarannya sebanyak hampir AS$2,000 di China, selepas berbuat serupa di Amerika Syarikat.

Ini ketika Tesla menghadapi trend jualan kereta yang merosot dan persaingan harga daripada kenderaan elektrik (EV)China yang lebih murah.

Elon Musk memotong harga jualan EV Model 3 di China sebanyak 14,000 yuan (AS$1,930) kepada 231,900 yuan (AS$32,000), menurut laman rasmi Tesla pada Ahad (21 April).

Tesla turut memotong harga permulaan Model Y yang kini 249,900 yuan, Model S kepada 684,900 yuan dan Model S Plaid kepada 814,900 yuan.

Tesla Model X sekarang 724,900 yuan.

Tesla pada Jumaat, memotong harga EV di Amerika iaitu Model Y, Model X and Model S sebanyak AS$2,000.

Pada Sabtu Tesla juga memotong harga sofwe Pemanduan Sendiri Sepenuhnya atau FSD kepada AS$8,000 daripada AS$12,000 di Amerika.

Tesla melaporkan bulan ini, kiriman kenderaannya sejagat dalam suku pertama tahun ini, menjunam buat kali pertama dalam masa empat tahun sedang kejatuhan harga gagal meningkatkan permintaan.

Pengeluar EV itu dilaporkan lewat memperbaharui model-model keretanya yang lama ketiak kadar faedah yang tinggi menjejas permintaan pengguna bagi barangan mewah.

China pasaran kereta terbesar di dunia pula memperkenalkan lebih banyak model-model baru yang lebih murah.

Baru-baru ini, Encik Musk menangguhkan lawatan ke India untuk bertemu dengan Perdana Menteri India Narendra Modi, atas alasan kesibukan.

Menurut laporan Reuters, lawatan tersebut sepatutnya melibatkan pengumuman Tesla untuk memasuki pasaran Asia Selatan.

Isnin lalu, Encik Musk mengumumkan Tesla akan memberhentikan 10% kakitangnya di mereta dunia sedang syarikat itu menghadapi kiriman tahun yang merosot buat julung-julung kalinya.