Jutawan internet ini kongsikan suasana pembelajaran Dubai

Jutawan internet ini kongsikan suasana pembelajaran Dubai

Dasyattt laa kalau sekolah camni! 🤯

Oleh kerana isu sistem pendidikan tengah hot di Malaysia baru-baru ini, ramai tanya saya tentang sistem pendidikan Dubai.

Firstly, kat Dubai ni, dilarang ambik gambar pelajar2 sekolah. So, sebab tu la saya guna gambar pelajar2 kat China ni… dasyatttt! Tapi…

Sekolah2 di Dubai….

1. Tiada text book.

Sejak anak saya sekolah rendah sampai laaa sekolah menengah, memang tak pernah saya nampak mereka bawa buku teks. So, bag takde la berat2 macam anak2 kita di Malaysia.

Pelajar perlu bawa laptop/tablet untuk pembelajaran. Buku teks adalah ebooks. Takde la kecik2 sakit belakang. Kesiannn 😭

2. Dalam kelas pula, kerajaan sini target 25 pelajar satu kelas. Termasuk government schools. Ini akan mudahkan pembelajaran.

Dulu2 saya kat sekolah lebih 40 pelajar… sekarang macam mana? saya pulak suka duduk jauhhh kat belakang! Boleh la berangan conteng2 meja. Siapa macam saya, baik mengaku!

3. Bukan hanya dalam kelas group kecil, tapi ada 2 guru. Sorang guru mengajar, sorang lagi pembantu, ronda2 keliling meja bantu pelajar.

Kalau ada guru pembantu, saya yang suka berangan dan conteng kantoi laaa…

4. Dan yang ni paling best. Tiada homework!

UAE telah menghapuskan homework. Bestnyaaa kalau kita dulu camni kan?

Sebab, mahukan anak2 spend more time dengan keluarga. Kerja sekolah, settle kat sekolah je.

Membantu juga ibu/bapa tak payah la mengajar anak. Dah la kalau macam saya ni, tak pahammm…

Satu lagi point to note, adalah, di sini pusat tuisyen DIHARAMKAN! Yup… tak boleh hantar anak ke tuisyen.

Yang ni saya tak pasti kenapa… mungkin sebab yang sama juga, mahukan pelajar2 spend more time dengan keluarga dan life.

Bukan hanya pada kerja2 sekolah je…

So, apa pendapat anda dengan sistem pendidikan Dubai ni? Ada tak yang boleh diimplementasikan di Malaysia?

Bagi saya, pendidikan adalah sangat penting, walaupun nak jadi usahawan.

Dalam keadaan ekonomi kini, bukan sahaja perlu berjimat cermat, tetapi perlu juga menjana pendapatan tambahan.

Sekiranya anda nak mulakan perniagaan online sambilan, tapi tak tahu nak mula di mana dan nak jual apa, ikuti webinar percuma bersama saya hari ini di www.NakJualApa.com

Saya kongsikan langkah pertama memulakan perniagaan online dari rumah.

-ik
dubai

Sumber – FB Irfan Khairi