Kadar pengangguran negara meningkat selepas tular arahan melepaskan jawatan oleh semua lantikan politik dalam firma dan badan berkaitan krajaan diumum KSN

Kadar pengangguran negara meningkat selepas tular arahan melepaskan jawatan oleh semua lantikan politik dalam firma dan badan berkaitan krajaan diumum KSN

Kontrak semua pengerusi dan ahli lembaga yang dibuat melalui pelantikan politik dalam firma dan badan berkaitan kerajaan akan ditamatkan berkuat kuasa serta-merta.

Dalam mesej teks kepada Malaysiakini petang ini, seorang menteri mengesahkan keputusan jemaah menteri itu.

“Benar,” jawab menteri itu ringkas ketika diminta mengulas laporan sebuah portal yang memetik surat Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali berhubung perkara berkenaan.

Surat itu menyatakan bahawa kabinet membuat keputusan tersebut semasa mesyuaratnya semalam.

Mereka yang kontraknya ditamatkan termasuk lantikan politik dengan badan berkanun persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat Kementerian Kewangan (Diperbadankan), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan institusi utama.