Kahwin lebih dua dekad, isteri tak tahu suami dukun pengganda wang & sudah bunuh & tanam 12 pelanggan

Kahwin lebih dua dekad, isteri tak tahu suami dukun pengganda wang & sudah bunuh & tanam 12 pelanggan

 

Ketika orang Islam sedang menyelami bulan suci Ramadan, negara Indonesia dikejutkan dengan tangkapan seorang dukun bernama Mbah Slamet yang dipercayai melakukan kerja-kerja penipuan berkaitan penggandaan wang selain didapati melakukan jenayah serius.

Terkantoi lepas anak seorang pelanggan lapor polis

Mbah Slamet berusia 45 tahun atau nama sebenarnya, Slamet Thohari sudah lama menjadi dukun yang kononnya boleh menggandakan wang.

Justeru ramai orang dari pelosok wilayah datang ke sana dengan harapan mahu menjadi cepat kaya.

Namun segalanya terbongkar selepas seorang anak pelanggannya membuat laporan polis setelah curiga dengan kehilangan bapanya.

Ayah sempat mesej anak untuk cari jika tak balik

Sebelum pergi berjumpa Mbah Slamet untuk menuntut semula duit yang kononnya sudah ‘beranak’, dia berpesan pada anaknya (chat) untuk laporkan kepada pihak berkuasa jika dirinya tidak pulang.

Hasil pencarian, akhirnya tubuh pelanggan itu ditemui terkubur di kawasan kebun berbukit belakang rumah Mbah Slamet.

Rupanya Mbah Slamet tanam 12 orang

Lebih mengejutkan, mereka malah menjumpai 11 lagi tubuh lain dalam keadaan berbeza. Ada yang hanya tinggal tulang sahaja bermaksud sudah lama Mbah Slamet melakukan kerja terkutuk itu.

Menjelaskan kepada pihak polis, tertuduh berkata akan menyuruh pelanggannya :

  1. Datang rumah Mbah Slamet jam 4 petang.
  2. Malam hari, Mbah Slamet kononnya membuat ritual selama 1 jam.
  3. Tepat jam 8 malam, dia beri pelanggannya minum air beracun sehingga perlahan-lahan menutup mata selamanya’
  4. Mbah Slamet korek liang lahad & tanam pelanggan.

Isteri amat terkejut dengar berita jenayah suami

Dari pihak isterinya, Seneh, dia berkata memang tidak tahu menahu tentang pekerjaan sebenar Mbah Slamet.

Selama 25 tahun bernikah, dia cuma perasan ramai orang datang melakukan ritual di ruang tamu cuma tidak bertanya apa-apa.

Sudah setahun Mbah Slamet tidak tinggal sebumbung, justeru dia amat terkejut kawasan kebun mereka menyimpan misteri lain.