Kain kafan tenun untuk golongan bangsawan kini ada di pasaran, hanya berharga RM220 semeter

Kain kafan tenun untuk golongan bangsawan kini ada di pasaran, hanya berharga RM220 semeter

 

BUKAN sahaja digunakan untuk membalut jenazah, sebaliknya di daerah Jeneponto, Sulawesi Selatan, kain kafan tenun atau disebut Tope sudah dipelbagaikan untuk dijadikan produk oleh pengusaha.

Kain kafan berkenaan dijadikan pelbagai produk seperti pakaian, jubah, tudung, beg dan kipas.

Menurut seorang usahawan, Suryani, kain kafan tersebut diperbuat daripada kapas sebenar yang dipintal menjadi benang, seperti kain kasa.

Nilai bagi semeter kain kafan tersebut bernilai IDR 750 ribu (RM220).

“Orang di Jeneponto memanggil kain kafan ini atau bahasa tempatannya Tope. Proses penghasilannya mengambil masa dua bulan untuk satu pakaian, jadi mahal,” katanya.

Sebelum ini, kain kafan tenunan ini digunakan untuk membaluti jenazah keturunan bangsawan.

Namun kerana harganya yang mahal, orang ramai beralih kepada kain putih biasa.