Kaitkan Singapura maju sebab tiadanya UMNO, orang kanan Najib sindir Nik Amar

Kaitkan Singapura maju sebab tiadanya UMNO, orang kanan Najib sindir Nik Amar

Laa.. Ini lagi seorang pemimpin PAS/PN yang main komen ikut sedap mulut saja tetapi fakta dan pemikiran kelaut.

Singapura memang tiada UMNO dan ada PAS (atau serpihannya AIS). Namun adakah Naib Presiden PAS Nik Amar ini ingat Singapura maju pasal ada PAS?

PAS/AIS telah bertanding pilihanraya di Singapura di 12 kerusi sejak tahun 1959. Tetapi daripada 12 kerusi yang mereka bertanding itu, kesemuanya telah kalah teruk dan hampir semua iaitu di 11 kerusi atau 11 kali mereka bertanding mereka telah hilang deposit. Mereka tidak pernah jadi wakil rakyat pun di Singapura.

Oleh itu usahlah angkuh dan bongkak sangat apabila memberi komen mengutuk orang lain. Salam.