Kaji semula guna logo PH, pemuda ini cadang Fahmi Fadzil digugur dari komiti Majlis Presiden PH

Kaji semula guna logo PH, pemuda ini cadang Fahmi Fadzil digugur dari komiti Majlis Presiden PH

Ambo mencadangkan Yb Fahmi Fadzil digugurkan posisi Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan. Adalah tidak manis beliau yang terlibat dalam mesyuarat Pakatan Harapan dan logo tersebut diterima mesyuarat rasmi Pakatan Harapan dipertikai diluar mesyuarat.

Isu logo Pakatan Harapan telah pun dimuktamadkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan dimana Yb Fahmi Fadzil salah seorang korum mesyuarat.

Isu tukar logo dikalangan ahli biasa parti anggota bukanlah isu besar namun jika isu ini dimainkan pimpinan yang terlibat dalam mesyuarat dan berjawatan itu satu perkara yang tidak beretika.

Sepatutnya Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan berperanan mempromosi apa sahaja berkenaan Pakatan Harapan. Soal logo atau strategi serahkan kepada Pengarah Strategi Pakatan Harapan atau Majlis Presiden.