Kajian dapati lelaki habiskan masa selama 7 jam dalam toilet untuk ‘Me Time’

Kajian dapati lelaki habiskan masa selama 7 jam dalam toilet untuk ‘Me Time’

 

Satu kajian mendedahkan, rata-rata lelaki di United Kingdom (UK) menghabiskan masa berada di dalam tandas selama tujuh jam untuk mencari ketenangan.

Penyelidik, Pebble Grey, yang berpangkalan di UK telah menjalankan kajian terhadap 1,000 lelaki bagi mengetahui mengapa mereka banyak menghabiskan masa di bilik air.

Hasil kajian mendapati, satu pertiga lelaki di UK menghabiskan selama tujuh jam setahun di dalam tandas dengan alasan untuk mendapatkan ketenangan dan tempoh masa rehat yang singkat. Selain itu, ada responden lain memberi alasan kerana mahu menghindari anak.

45 peratusan berpendapat mereka mudah memperolehi ketenangan, kedamaian apabila berada di dalam tandas. Manakala 23 peratus pula menyifatkan bilik mandi sebagai tempat yang selamat.

“Bilik mandi menjadi tempat yang sempurna untuk masa itu, ia adalah tempat perlindungan di mana kita boleh memisahkan diri kita daripada dunia luar walaupun hanya sementara,” kata salah seorang responden.

25 peratus lagi lelaki berkata, mereka tidak dapat melarikan diri ke bilik air apabila berada berdekatan dengan pasangan.

Lelaki yang terbabit dalam kajian itu juga mengesahkan bahawa, pergi ke bilik air adalah satu-satunya cara untuk mencari masa untuk diri mereka sendiri.

Bukan itu sahaja, kajian ini juga mendedahkan bahawa sebanyak 14 peratus lelaki menyimpan barangan seperti majalah, buku dan makanan sebagai bekal ketika bersembunyi di dalam bilik air.

Sementara itu, 72 peratus daripada 1,000 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu bersetuju bahawa bilik mandi adalah tempat mencari ketenangan bagi lelaki.