Kajian membuktikan telur ayam kampung menguatkan tenaga batin!

Kajian membuktikan telur ayam kampung menguatkan tenaga batin!

Kita sering dengar mengenai khasiat dan kebaikan memakan telur ayam kampung sejak dari dulu lagi.

Salah satu dari khasiat utamanya ialah telur ayam kampung dikatakan mampu memberikan kekuatan tenaga batin.

Namun, ada juga yang mengatakannya hanyalah sebagai satu mitos semata-mata.

Di Facebooknya, Dr Suhazeli Abdullah ada membuat satu kupasan menarik mengenai khasiat telur ayam kampung yang dipetik berdasarkan kajian saintifik.

Benarkah telur ayam kampung boleh memberikan kekuatan tenaga batin? Jom ikuti hantaran beliau berikut untuk manfaat bersama.

Telur Ayam Kampung

Tak habis lagi dengan isu tu telur ni. Ada lagi duk tanya beza telur ayam kampung dengan telur biasa yang dia beli kat kedai. Terpaksalah saya cari bahan saintifik sikit sebanyak untuk membantu kefahaman tuan puan sekalian.

Sudagha, telur ayam kampung banyak khasiat rupanya. Sebab tu orang tua-tua suka pelihara ayam kampung. Kita aje malas, nak senang kononnya.

Khasiat pertama; Telur ayam kampung menguatkan tenaga batin itu benar sebenarnya. Pengkaji dari Norway pada tahun 1997 telah membuat kajian memakan telur yang telah disenyawakan (fertilized egg) boleh meningkatkan tenaga batin lelaki. Kajian ini ambil ayam kampung di Norway lah bukan Malaysia dan kajian ini ada sedikit bias serta jumlah sampel kajian sedikit sahaja.

Sekali lagi telur yang digunakan adalah telur yang dikategorikan sebagai original yang jika sekiranya ia di ram dan ditetaskan boleh hasilkan anak ayam. Oleh kerana telur biasa yang terdapat dalam pasaran kita ada terhasil daripada ayam penelor. Ayam penelor tidak bersetubuh dengan ayam jantan sebelum ia bertelur. Menyebabkan telur yang dikeluarkan itu kebanyakannya adalah yang tidak fertile (tidak tersenyawa).

Cara melihat telur fertile adalah dengan melihat tompok putih (blastoderm) di kuning telur serta terdapatnya lendir semacam tali (chalazae). Telur tersenyawa inilah mengandungi kekuatan tenaga batin jika dimakan. Menurut kajian tersebut sebaiknya telur itu dimakan dalam tempoh inkubasi sama ada inkubasi secara buatan ataupun semasa diram oleh si ibu ayam. By right, tiga hari pertama dalam tempoh yang terbaik. Kerana selepas daripada itu tompok putih itu akan bertukar kepada setompok darah dan akhirnya janin ayam terbentuk. Itu pasal orang zaman dulu sanggup berkelahi dengan ibu ayam untuk curi telur di atas sakok ayam.😁

Khasiat kedua; Ayam kampung mempunyai kelebihan zat vitamin A, E, Omega-3 dan beta karotin. Kolesterol dan lemak tepu juga jauh berkurang berbanding telur biasa.

Sekian untuk pengetahuan anda. Lain kali toksah lah tanya lebih bab telur ni. Malas nak jawab dah. Takkanlah bab telur ni boleh runtuhkan ekonomi negara?

Suhazeli Abdullah
29.12.2022

Rujuk: Eskeland B, Thom E, Svendsen KO. Sexual desire in men: effects of oral ingestion of a product derived from fertilized eggs. J Int Med Res. 1997 Mar-Apr;25(2):62-70. doi: 10.1177/030006059702500202. PMID: 9100160.