Kak Rara ‘troll’ aksi pakaikan stoking suami Heliza Helmi
Meskipun usia perkahwinan pasangan merpati dua sejoli, Heliza Helmi dengan suaminya, Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman telah pun memasuki sebulan lamanya, namun ianya masih menjadi bualan hangat di kalangan peminat seni tanah air.
Malah aksi kemesraan yang ditonjolkan kedua-dua pasangan juga turut mendapat pujian memandangkan ianya dianggap kemesraan suami isteri yang berlandaskan syariat, contoh panduan buat mereka yang sedang bercita-cita untuk melayari rumah tangga dalam tempoh terdekat ini.
Menerusi perkongsian terbaru Datuk Seri Mahadi, dia sudi berkongsikan video di Instagram memaparkan gelagat isterinya melayannya.
Menueutnya lagi ketika itu mereka sudah bersiap untuk keluar sempena dengan majlis resepsi kali yang entah ke berapa kalinya yang berlangsung di dewan Bizmilla.
Bagaimanapun, Mahadi berkata dia terlupa untuk memakai stokin dan isterinya yang membantu untuk memakaikan stokin ke kakinya.
View this post on Instagram
Perkongsian Mahadi itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tersenyum melihat video berkenaan. Malah ada yang mengatakan mereka teringat akan Allahyarham Siti Sarah yang sering pakaikan Shuib stokin.
Terbaru, tular video memaparkan aksi sama memakaikan stokin untuk suami yang dilakonkan oleh pasangan artis ‘gila-gila’, Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai kak Rara dan suaminya Ijoy.
.
Dalam video berkenaan, kak Rara membantu memakaikan stoking suaminya yang ingin keluar bermain golf.
Namun yang buatkan netizen ketawa pecah perut apabila stoking yang dipakaikan Rara untuk suaminya itu berbeza antara satu sama lain. Aduh, macam-macamlah kak Rara ni.