“Kakak baru saja kahwin, abang ipar pula duduk sekali serumah, aku pula kena kongsi bilik dengan adik lelaki”

“Kakak baru saja kahwin, abang ipar pula duduk sekali serumah, aku pula kena kongsi bilik dengan adik lelaki”

 

Kebelakangan ni saya sangat-sangat stress, tertekan. Kadang tetiba rasa nak menangis. Mudah sangat beremosi.

Saya seorang perempuan. Kakak dan abang saya baru sahaja berkahwin. Selepas mereka berkahwin. Kakak dan suaminya tinggal bersama keluarga saya.

Sebelum kakak berkahwin, saya tinggal sebilik dengannya. Namun, setelah beliau berkahwin. Keluarga saya menyuruh saya berpindah bilik ke bilik abang saya.

Alasannya, abang saya walaupun dah berkahwin namun kakak ipar takda batasan dengan saya. Saya boleh masuk biliknya suka hati. Kalau bilik ada abang ipar, saya tak boleh masuk. Okay alasan macam boleh terima logik akal.

Masalahnya saya juga ada adik lelaki. Adik lelaki saya pun share bilik dengan abang. Adik lelaki saya dah masuk universiti, umur dah 20++. Bukan budak-budak lagi. Jadi sekarang, saya kena share bilik dengan abang dan adik lelaki. Saya tidur dengan adik lelaki.

Sebagai seorang perempuan, bohongla saya tak malu walaupun adik sendiri. Kadang nak amik baju, barangan peribadi dalam almari, adik laki saya ada je. Dia dah besar pun.

Nak keluar bilik pulak saya tak berapa selesa. Setiap masa kena bertudung. Saya rasa dalam neraka di rumah sendiri. Sentiasa bertudung. Saya rasa macam saya menumpang padahal ini rumah mak ayah saya.

Saya belum kahwin dan masih belajar. Sampai kan setiap malam saya google bilik sewa sekitar rumah saya. Saya yang rasa nak pindah.

Bila semua balik, abang dan isterinya balik. Abang marah saya duduk di biliknya. Jadi saya dan adik laki akan letak baju siap-siap dalam beg dan keluar bilik.

Mak dan ayah saya suruh tidur dibilik mereka tapi umur 20++, dah la kena tidur dengan adik laki. Kena tidur dengan parents pulak. Kadang saya terpaksa. Tapi demi Allah saya tak selesa.

Dalam Islam pun ada masa kita masuk bilik mak ayah, umur 7 tahun dah pisah bilik laki dengan perempuan adik beradik. Tapi..

Jadinya bila semua balik, saya tidur dekat luar. Ruang tamu. Bertudung. Saya terpaksa tunggu semua orang tidur dulu. Takkan nak terbongkang di ruang tamu dengan ada abang ipar dekat rumah kan.

Kalau mengantuk sangat saya tidur la duduk. Dan badan saya sakit sakit keesokannya, tidur tak tentu.

Kakak pulak asyik dengan suami dia, sibuk saya tak tahu sebab apa. Jadinya masak selalunya saya dengan mak. Itupun kalau mak larat, kalau tak, saya lah yang masak.

Mak pulak sebelum pergi kerja masak awal pagi kalau saya takda akan berkejar-kejar masak. Katanya nanti abang ipar saya nak makan apa. Jadi apa guna kehadiran kakak saya sebagai isteri?

Kadang saya bagi hint dekat mak ayah. Bila kakak dan abang ipar saya takda di rumah, (seronoknya leh bukak tudung), tapi selalunya saya dimarah.

Katanya, jangan keluarkan ayat begitu lagi nanti kakak dan abang ipar saya terasa, nak pindah rumah. Diorang dah la susah. Rumah sewa mahal. Duduk sini makan free, sewa, bil air api tak payah bayar.

Jujurnya ayat tu buat hati saya disiat. Jadi, hak saya? Dah la saya belajar jauh. Balik 2 bulan sekali. Balik kejap kejap takpa bertudung.

Bila cuti sem, 3 bulan rasa seperti menumpang rumah orang. Bukan balik rumah mak ayah sendiri. Bila raya ke kenduri ke semua balik, rasa macam nak lari rumah.

Tapi kalau tak balik rumah, nanti mak ayah saya terasa. Sedangkan bila saya kena keluar bilik (kan sebilik dengan kakak sebelum beliau kahwin), saya tak nak.

Mak jerit, tengking saya. Katanya saya anak derhaka, tak reti bertolak ansur dengan adik beradik. Mak baling barang saya keluar dari bilik tu. Katanya, kalau saya tak keluar dari bilik tu dan terus buat perangai, mak doakan darahnya naik sampai kena stroke.

Sejak dari tu saya terpaksa terima. Saya takut melawan. Saya tak nak jadi anak derhaka. Tapi hati saya sedih, pilu. Kakak saya tanggungjawab siapa sekarang. Kenapa sampai mak ayah kena jaga begitu, saya siapa?

Belum cerita hak, duit bagi dekat saya. Barang keperluan saya beli sendiri, makanan dekat universiti ke apa, semua tanggungan sendiri.

Ayah cuma bagi duit bila saya mintak, tapi sanggup ke kita mintak duit? Itu pun mintak RM10 dapat RM10 je. Sampaikan saya habis kelas, kerja part time dekat universiti, balik cuti sem kerja. Cari duit.

Sayakah yang teruk sebab sedih begini? Doakan saya berjaya belajar. Doakan saya kerja jauh dan sukar balik rumah nanti. Sebab bila dekat, saya akan selalu nak balik. Tapi setiap kali balik hati saya tersiksa.