“Kakak-kakak aku ni kalut sangat nak tentukan siapa dapat duit, rumah dan kereta, siap dah tetapkan awal-awal rumah tu bagi dekat sapa sedangkan mak ayah masih ada lagi”

“Kakak-kakak aku ni kalut sangat nak tentukan siapa dapat duit, rumah dan kereta, siap dah tetapkan awal-awal rumah tu bagi dekat sapa sedangkan mak ayah masih ada lagi”

 

Aku Chempaka, umur hampir 40. Bujang, wanita, bekerja professional, anak bongsu daripada 6 adik beradik.

Ibu bapa masih ada. Adik beradik pula semua dah tua (50an ke atas).

Aku cuma nak luahkan perasaan sedih dan geram di sini berkenaan tamakkan harta parents.

Kami 6 beradik, 2 lelaki dan 4 perempuan.

Ibu bapa dah berumur 80an. Masih sihat, alhamdulillah. Sakit sakit sendi tu biasalah, sakit orang tua.

Cuma lately, 2 kakak aku ni asyik sebut pasal harta parents aku saja. Pasal rumah parents aku, duit simpanan parents aku, kereta bapa aku.

3 kakak aku ni kalut sangat nak tentukan siapa dapat rumah dan kereta. Siap dah tetapkan awal awal rumah tu bagi dekat sapa.

Siap tanya aku, aku nak ke rumah tu. Kalau tak, nak bagi dekat abang yang tak berapa hidup senang tu.

Ikutkan mak aku pernah cakap nak aku yang jaga rumah tu sebagai pusaka. Tapi 3 kakak aku ni kalut sangat nak tentukan sendiri rumah tu siapa ambil. Aku ya kan saja sebab malas nak layan giila mereka ni.

Soal duit parents aku. Baru baru ni salah sorang kakak aku tanya aku, berapa duit simpanan bapak aku. Sebab kena bahagikan nanti bila bapak aku takde.

Dia cakap dia syak bapak aku ada ratusan ribu dalam simpanan. Aku jawab, tak banyak pun. Nak bahagi pun tak berbaloi.

So kakak aku ni terkejutlah, sebab dia ingat duit bapak aku banyak sangat.

Dia dengan kakak kakak yang lain dah siap siap decide rupanya macam mana nak bahagikan duit tu. Cuma mereka selama ni sangka duit tu ada dekat setengah juta. Rupanya tak sampai 100 ribu pun.

Berkenaan rumah pulak. Sorang kakak aku ni depan depan bapak aku dia cakap nak bagi rumah tu dekat abang aku nanti bila mak bapak aku takde.

Bapak aku tanya, kenapa decide macam tu? Bapak aku nak abang aku tu berdikari sendiri. Dari muda sampai ke tua pun masih harapkan orang tolong dia.

Kakak aku balas balik nanti rumah tu takde siapa nak jaga. Abang aku sorang tu je yang ada.

Yang aku sakit hati tu, kau dah kenapa cakap macam tu depan bapak yang masih hidup ni. Kau tunggulah kemudian.

Kalau ikut hati aku, jual je rumah tu. Bagi abang aku duduk laki bini pun, nanti rumah rosak ke apa ke, dia asyik call adik beradik, guna ayat simpati dia, minta duit tolong repair. Baik jual je rumah tu.

Tapi sebab aku ni bongsu, suara aku tenggelam.

Mak aku selalu pesan dekat aku. Bab harta ni, adik beradik pun boleh berbalah.

Mak aku selalu pesan supaya aku doa banyak banyak, baca surah al-Kauthar hari hari, supaya adik beradik aku ni tak buat naya dekat aku.

Jujur, aku jadi takut tengok perangai kakak kakak aku ni.

Lain macam tamak, sedangkan mereka dah hidup senang lenang. Duit simpanan juta juta, aset rumah besar.

Ada yang hari hari solat sunat, baca Quran pun, bila bab harta, terus jadi giila. Masa ni aku nampak sendiri busuk hati mereka macam mana.

Aku jadi takut dan jauhkan diri. Aku hidup sendiri, jauhkan diri daripada perangai toxic mereka ni. Sakit hati bila mereka treat parents macam tu bab harta.

Depan depan parents sibuk tetapkan pasal harta parents aku. Lepas tu, acah acah minta ampun pula.

Dekat belakang, sebut lagi pasal harta berkali kali. Tepuk dahi, kerut muka aku dibuatnya.

Jadikan ini pengajaran buat kita.

Aku memang surrender dengan mereka ni. Aku usaha buat side income supaya kumpul harta sendiri saja.

Aku tak nak jadi giila macam mereka. Nauzubillahi minzalik.