Kakak kandung sondol suami adik, “Saya baca je mesej dia tapi tak reply, dia je yang terhegeh-hegeh nak”
Saya kongsikan sambungan kisah tentang suami yang curang dengan kakak sendiri. Selepas kena halau memang kakak minta ampun pada Ummi dan saya.
Tapi saya tak mampu nak berdepan dan bercakap dengan kakak. Tapi masa dia tahu saya mengandung di Mahkamah, boleh nampak yang dia tak suka. Bekas suami pun cuba nak rujuk balik..
Salam, ini adalah sambungan cerita bekas suami curang dengan kakak saya.
Maaf kalau ayat berterabur sebab saya bukan orang Malaysia. Sebab ramai yang minta sambungan tentang kisah saya, jadi saya akan sambung.
Dan kisah ini benar-benar terjadi dekat saya.
Saya tahu ramai yang tak akan percaya sebab pertama kali saya cerita dekat orang lain, mereka pun ingat saya bohong tapi demi Allah tidak. Ya, dia mengandungkan kakak saya sebab itu dia kahwin dengannya. Kepada sesiapa yang memuji saya sebab saya tak pernah sekali nak berkata buruk tentang orang.
Saya sebenarnya orang yang sangat lembut tapi mudah tersakiti, sensitif mungkin sebab itu saya senang dipijak oleh bekas suami saya. Bekas suami saya pernah nak kembali dengan saya sebelum bernikah dengan kakak tapi saya menolak keinginannya.
Hati saya terlalu sakit dengan apa yang mereka berdua telah lakukan. Waktu saya ikut mereka di hotel saya boleh dengar apa yang mereka lakukan sebab mereka masuk hotel murah ye bukan mahal dan standard. Jadi ini cerita tentang side akak saya pula.
Kakak saya waktu kena haIau dia meminta ampun pada Ummi dan saya tapi hati saya terlalu sakit, saya tidak mampu nak berdepan langsung dengannya. Akak saya kena bash teruk waktu orang tahu dia ambil suami saya.
Akak saya sampai tak mahu keluar rumah sebab negara kita kecik pusing-pusing terserempak jugak jadi dia usually stay at home je. Dia tinggal bersama bekas suami saya waktu itu saya pun tak tahu apa jadi lepas tu tapi saya husnuzon sahaja.
Selepas kami bercerai, kakak s4kit hati dengar saya pregnant anak bersama bekas suami. Saya boleh tahu sebab waktu dia ada di makhamah muka dia macam tak suka bila dengar tentang tu. Tapi tak apalah saya tidak kisah lagi.
Akak saya sekarang dah ada anak umur nak dekat 1 tahun, bekas suami saya masih cuba nak dapatkan hati keluarga saya tapi mereka semua sudah tak mahu lagi berdepan atau bercakap dengannya. Kalaulah saya boleh buang mereka jauh-jauh tetapi tidak boleh sebab akak saya darah daging saya.
Dia mengandung untuk kali kedua tapi keguguran. Saya tetap doakan kebahagiaan diorang tapi Allah yang menentukan. Akak saya pernah curang belakang suami waktu dia business trip. Tapi suami dia terpedaya dengan kata-kata kakak, bekas suami yang cerita pada saya.
Saya just baca je mesej dia, tapi tak pernah saya reply. Dia sahaja yang terhegeh-hegeh mahu saya semula. Bila bekas suami dengar orang masuk meminang Dia telefon saya, katanya dia mahukan anaknya. Saya tidak membenarkannya.
Saya susah payah mengandung seorang diri tapi dia senang-senang sahaja mahu ambil anak saya. Saya bIock dia, tapi sekarang dengar cerita diorang berdua asyik gaduh je. Asyik kena pergi kaunseIing perkahwinan sebab selalu sangat bergaduh.
Ummi pun dah jarang ikut kalau ada perjumpaan keluarga, dia lebih reIa ikut saya dan anak keluar bersama. Beberapa bulan lepas, ada seorang lelaki ni. Orangnya baik, sopan satun sahaja tutur katanya. Dia umur 29 tahun saya pulak umur 26 tahun. Kami dah kenal selama 6 bulan.
Dia pun pernah cakap kalau dia rasa orang tu jodohnya dia terus nak masuk meminang. Saya doakan sahaja tetapi tetiba 2 hari lepas dia datang dengan maknya untuk masuk meminang saya. Siapa tak terkejut. Dia cakap kalau boleh cepat cepat nikah sebab takut kehilangan saya.
Ummi saya tak mahu saya kecewa buat kali kedua, dia mula tanya macam-macam pada lelaki tersebut yang bernama Adrian. Macam soalan, “Kenapa Tiara?” “Apa yang Adrian suka pasal Tiara?” dan macam-macam lagi.
Saya pun pernah cerita pasal status saya yang bergelar janda dan kalau keluarga dia setuju atau tak boleh terima. Maknya suka saya, mak dia suka kalau saya masak dan itu yang telah menarik hatinya terima saya sebagai menantu. Saya pun terima lamarannya, ya Allah teruja sangat.
Waktu kami bersama, dia hormat saya sebagai wanita. Tak pernah sekali dia sentuh saya atau membuat apa orang-orang bercinta selalu buat. Kami selalu berhubung melalui telefon sahaja lebih senang dan dia buat anak saya gembira.
Dia sudah berjaya ambil hati anak saya, itu yang saya nak. Bekas suami betul-betul nak ambil hati saya, tapi anak kami sampai sekarang pun tak mahukan ayahnya bila diangkat. Saya tak tahu macam mana nanti bila anak saya dah besar, apa yang saya nak bagitahu.
Mesti dia kecewa dan rasa terlalu jijik sebab itu yang saya rasa sekarang. Saya tak nak salahkan anak, dan anak saudara (anak kakak dan bekas suami) mereka tak bersalah. Tapi anak saya dan anak mereka adalah sepupu.
Nama bapak sama.. Hmm saya doa sahaja kepada Allah. Anda semua baca doakan pernikahan saya bulan November berjalan dengan lancar ye. Terima kasih semua. – Tiara (Bukan nama sebenar)