Kalangan artis terus berdegil, enggan patuhi sop Covid-19

Kalangan artis terus berdegil, enggan patuhi sop Covid-19

Beberapa artis tanah air dibawa khas bagi meraikan penghuni Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong sempena bulan Ramadan menerusi Program Santai Selebriti Nur Ramadan yang berlangsung pada Jumaat.

Antara barisan artis yang terlibat ialah Yantzen, Bro Ritchie Rachman, Rohana Jalil, Rozita Rohaizad, Royce Saayan dan ramai lagi.

Program anjuran Anita Entertainment & Production yang berlangsung di Cornerstone International Convention Centre, Jalan Ampang itu turut mendapat penglibatan daripada barisan penaja dan ahli korporat.

Selain diraikan dengan majlis berbuka puasa dan persembahan artis, penghuni rumah amal itu juga turut disajikan dengan persembahan qasidah.

Terdapat juga pertunjukan silat daripada Kumpulan ATWRS Riders Club Seni Gerak Aliff yang dipersembahkan khas buat penghuni rumah amal terbabit. – SH