Kalau anda ada duit kertas yang dah rosak atau koyak, jangan dibuang kerana ada cara untuk dapatkan yang baru balik

Kalau anda ada duit kertas yang dah rosak atau koyak, jangan dibuang kerana ada cara untuk dapatkan yang baru balik

 

Bila pergi ke mana-mana , sudah pasti anda perlu bersedia dengan duit tunai ditangan. Walaupun sekarang sudah zaman digital, boleh bayar guna QR CODE, tapi tak boleh dilupa, masih banyak lagi lokasi yang tidak bersedia untuk menerima bayaran secara digital.

Contohnya seperti anda pergi ke kawasan desa, kawasan luar bandar yang agak kurang pendedahan tentang kemudahan bayaran digital.

Jadi jawapannya, anda masih tetap perlu bersedia dengan wang tunai.

Nak bayar secara tunai, sekali penjual taknak terima sebab duit dah koyak dan rosak.

Mungkin anda pernah hadapi situasi seperti ini kan?

Nak bayar secara digital, tak boleh, terpaksa bayar tunai, duit tunai pula tak laku,sebab dah terkoyak atau rosak.

Bagi anda yang belum mengetahui info ini, pasti anda akan terfikir, masih ada nilaikah duit aku ini, atau nak buang sahaja?

Anda semua tak perlu risau, disini penulis kongsikan tips untuk anda bagaimana nak tukar duit yang rosak tersebut. Panduan ini disediakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Untuk makluman anda, sekarang Bank Negara Malaysia menerima wang kertas dan duit syiling yang tidak boleh digunakan dan boleh ditukarkan kepada duit yang baharu.

Ini adalah kategori wang kertas yang tidak sesuai digunakan untuk edaran.

Duit terbakar
Terkoyak
Duit Berlubang
Kotor dan lusuh
Kecut (Biasa berlaku pada duit kertas jenis polimer/plastik)
Dimakan anai-anai
Luntur warna
Tidak cukup sifat
hilang ciri-ciri keselamatan
dan banyak lagi..

Seperti yang telah dimaklumkan oleh pihak BNM di laman facebook rasmi, wang kertas yang rosak ini masih boleh ditukar dimana-mana cawangan bank yang berhampiran dengan anda. Namun begitu, nilai pertukarannya bergantung kepada keadaan wang kertas tersebut.

Infokini ingin berkongsi langkah demi langkah pertukaran nilai wang ini.

Manakala ini pula adalah penilaian dari pihak Bank Negara Malaysia atas kerosakan duit kertas yang meragukan.

Jadi kepada anda yang menghadapi situasi kerosakan wang kertas ini, usahlah buat kesimpulan dahulu ya, anda sebenarnya mempunyai solusi untuk menyelamatkan duit anda itu. Ingat ya pembaca, dalam kemelesetan ekonomi sekarang ini, duit semakin sukar dicari. Hargailah duit kertas yang dan tebus hak kita sebaik mungkin.