“Kalau bersih kenapa nak takut”… Anwar bidas Muhyiddin isu akaun PPBM dibeku

“Kalau bersih kenapa nak takut”… Anwar bidas Muhyiddin isu akaun PPBM dibeku

Parti politik tidak seharusnya takut dengan sebarang tindakan pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika bebas daripada rasuah, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini.

Memetik Malaysiakini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga berkata tindakan seperti membekukan akaun bank milik parti politik bukanlah perkara baru dan harus dibenarkan diteruskan tanpa gangguan.

“Umno dulu (ketika akaun dibekukan) Muhyiddin (Yassin) sokong,” kata Anwar merujuk ketika presiden Bersatu itu menjadi perdana menteri.

“Muhyiddin malah memuji profesionalisme SPRM,” kata presiden PKR itu pada sidang media petang ini.

“Kalau bersih, usah takut,” tambahnya.

Minggu lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan siasatan terhadap akaun Bersatu, mengatakan bahawa dua akaun parti itu telah dibekukan untuk membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.