Kami kongsikan cara Gen-Z sambut hari raya dengan gaya tersendiri

Kami kongsikan cara Gen-Z sambut hari raya dengan gaya tersendiri

 

Sebut mengenai Hari Raya mesti ramai yang excited kan? Inilah masanya untuk balik kampung berjumpa keluarga sambil ‘OOTD’ bersama bestie dengan baju raya yang serba baru!

Berbincang mengenai Hari Raya, tahukah korang golongan gen-Z atau anak muda masa kini menyambut Hari Raya dengan cara tersendiri?

Jika generasi sebelum ini sekadar mengucapkan Selamat Hari Raya dengan ucapan penuh, gen-Z nyata mempunyai cara tersendiri.

Gen-Z nyata lebih selesa dengan mengucapkan Mat Hari Raye atau SHRMZB yang membawa maksud Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Tiada lagi ucapan menggunakan kad raya yang memerlukan tempoh masa yang panjang untuk diterima penerima, sebaliknya sekadar wish menerusi platform media sosial sahaja.

Berbeza dengan generasi sebelum ini yang menggayakan Baju Melayu dengan saiz yang longgar dan selesa, namun berbeza dengan gen-Z.

Golongan anak muda ini lebih memilih untuk menggayakan Baju Melayu dengan cutting slim-fit. Barulah tampak lebih bergaya!

Eh, berkongsi QR code dengan kawan-kawan ni dah jadi macam satu trend pulak buat gen-Z. Untung-untung, ada kawan pemurah yang nak kasi duit raya!

Zaman serba canggih ni, tak payah susah-susah nak tukar duit raya. Asalkan ada QR, korang share je. Lagi mudah, duit pun terus je masuk. Yelah anak muda sekarang ni memang suka benda yang memudahkan ni.