“Kami saje jer nak meeting tepi tangga” – Aliff Syukri jalin kerjasama dengan skandal View Chin, netizen terus pakat unfollow

“Kami saje jer nak meeting tepi tangga” – Aliff Syukri jalin kerjasama dengan skandal View Chin, netizen terus pakat unfollow

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan bahawa dia bakal menjalinkan kerjasama dengan host TikTok, Amirah Aqilah tidak lama lagi.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram, Aliff dilihat menari bersama pempengaruh yang pernah terkait dengan kontroversi menyondol suami majikannya sendiri itu.

Bukan itu sahaja, Aliff berkata Amirah atau lebih dikenali sebagai Meera akan menjadi model untuk mengayakan jenama tudung terbaharu keluarannya iaitu AS Hijab.

Awak jangan kasi tau wife saya. Saya dah block dia dari korang tag. Kami saje jer nak meeting di tepi tangga untuk projek AS Hijab sebab banyak koleksi baru. Nanti Mira akan gayakan

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bagaimanapun meluahkan rasa kurang senang apabila usahawan Terlajak Laris itu seperti mengambil kesempatan ke atas kontroversi yang terkait dengan Meera.

Malah, ramai pengikut yang berpakat untuk tidak mengikuti lagi Aliff di media sosial kerana tidak bersetuju dengan keputusannya untuk bekerjasama dengan seseorang yang pernah merosakkan rumah tangga orang lain atau ‘penyondol’.

Tambah netizen lagi, perbuatan Aliff itu seakan-akan menyokong perbuatan Meera yang secara jelas melakukan kesalahan.