“Kami setuju mak kahwin suami orang anak 9 sebab dia kaya, lepas kahwin bini tua datang, bongkar rahsia ayah tiri”

Sedikit tentang aku. Nama aku Bella, berumur 20-an. Ayah aku dah meninggal masa aku form 5 setelah hampir 4 tahun dia sakit (bedridden). Mak aku pulak ada hubungan dengan beberapa lelaki waktu ayah sakit tu.
Tapi ada sorang jantan yang dia serius, jantan keparat yang aku nak story ni. Dia punya hipokrit dan bermuka-muka tu memang level dewa lah, habis kami adik beradik teripu. Untuk pengetahuan korang, dia dah jadi bapak tiri aku dah pon 2 tahun.
Tapi aku tak akan mengaku dia bapak tiri aku, jadi aku akan bahasakan dia jantan. Admin tolong approve please… It means a lot to me. Thank you in advance. Jujurnya aku tak tau cerita ni akan jadi panjang ke tak sebab aku main tulis je takde plot spesifik.
SEBELUM KAHWIN:
Waktu ni aku baru lepas SPM, mak dah mula bagi hint kat kami adik beradik dia nak kahwin baru. Jantan tu ada datang rumah kadang-kadang and dorang keluar berdua selalu sangat. Cara mak nak yakinkan kitorang untuk terima jantan tu:
LEPAS KAHWIN:
Berapa lama sangatlah mak nak sorok hakikat yang dia dah kahwin baru, kat sempadan pulak tu. Orang kampung ni cepat ni cara bahan gosip. Akhirnya sampai jugak kat telinga nenek dan adik beradik mak. Rumah aku ni belakang rumah nenek, tapi kena masuk lorong kecik sebelah rumah nenek sampai ke belakang jauh sikit baru jumpa.
Jadi nenek selalu je nampak kereta jantan ni ulang alik masuk ke jalan rumah aku, tapi dia positifkan diri ingatkna orang yang ada urusan ke apa. Kemuncak dia adalah satu malam tu. Adik beradik mak semua kumpul dekat rumah nenek, panggil mak dan jantan tu.
Mak suruh aku dengan abang sulung ikut, dia kata nak semangat sebab dia tau dia akan dihentam. Satu, sebab kahwin senyap-senyap dekat Thailand. Dua, sebab adik mak pernah bercerai sebab ada orang ketiga runtuhkan rumah tangga dia.
Sampai je rumah nenek tu, kitorang duduk dekat luar rumah je bincang kat situ. Mulalah pergaduhan antara familymak yang sebelum tu rapat sangat. Semua orang kecewa dengan mak, dan kami adik beradik jugak sebab bagi mak kahwin.
Dalam sejam lepas tu, pakcik kata nak bawak bini tua jantan tu ke rumah nenek sekali biar dia tau laki dia dah kahwin baru. Dan ya, dia memang bawak betul-betul. Bini tua dia tu tumbuk-tumbuk jantan tu sebab marah.
Dia sendiri memang tak sokong apa yang laki dia buat dan bermulalah sesi pembongkaran sikap sebenar jantan tu. Dia bagitau yang jantan tu tak kerja, anak-anak makan nasi goreng je hari-hari. Setakat mengharap gaji dia sorang yang tak seberapa.
Kereta Vios yang dia pakai tu pon sebenarnya anak sulung dia yang belikan. Anak dia kerja Singapore gaji banyak, tapi takde lah sampai tahan boleh support makan minum family sepenuhnya. Dah bapaknya ada lagi, patutnya bapaknya tu yang kena kerja bagi anak makan.
Malam tu pakcik aku paksa dorang bercerai. Dia pegang parang and sorok kat belakang dia. Jadi jantan tu lafazkan talak satu kat mak, tapi lepas tu rujuk balik secara tak rasmi sebab dorang bukan ada sijil kahwin Malaysia pun, nak kena turun naik mahkamah untuk cerai and rujuk.
Tapi keadaan berubah lepas malam tu. Bini tua jantan tu selalu datang rumah bila duit takde and menjerit-jerit satu kampung pon boleh dengar padahal laki dia bukannya tengah kat rumah aku pon. Biasanya dia akan duduk dekat motor dia sebab mak memang takkan bagi dia masuk rumah. Mak pulak akan berdiri depan di sebalik grill sebab taknak kena serang. Apa yang dia buat adalah bongkarkan lagi macam-macam sikap laki dia tu.
Jadi dia langsung takde kerja dah sekarang, sekian. Okay bila dah kantoi macam ni, sudah tentulah kami adik beradik benci dia kecuali abang sulung aku. Dia sorang je yang masih support perkahwinan ni sebab dia rasa ada orang yang boleh jagakan mak dan adik-adik dia.
Kalau tak sebelum ni dia sentiasa risaukan kitorang dan sanggup tak sambung belajar and kerja area rumah je. Disebabkan rasa benci aku ni kat dia, aku selalu gaduh dengan jantan ni. Sampai satu masa tu bini dia datang rumah aku lagi tapi waktu ni jantan tu memang tengah kat rumah aku.
Aku memang waktu tu kena keluar, sempat lah aku maki 2 ekor tu dulu, lepas tu aku campak beg jantan tu kat batu laman, baru aku blah. Dan kemudian nak tahu tak, mak aku mestilah marah kat aku, dia nangis-nangis kata aku tak hormat suami dia.
Dah perangai setan macam tu layak ke aku nak hormat? Start dari haritu dorang terus pindahkan barang-barang dorang ke rumah zakat kat sebelah rumah kitorang duduk ni. Berminggulah aku tak bertegur dengan mak aku.
Kitorang memang dapat zakat and rumah zakat tu dibina waktu ayah awal-awal sakit dulu. Tapi lepas tu ayah dapat dut insurans and kitorang buat rumah sendiri sebelah dia. Biasanya rumah tu mak buat tempat dia jahit baju tu lepas kes aku gaduh teruk dengan laki dia, terus laki dia tak berani nak masuk rumah aku.
Hello tu rumah bapak aku kotkalau nak diikutkan. Suka hati je nak buat macam rumah sendiri. Tapi lepas aku sambung belajar dan jarang balik rumah dia dah start jejak balik tapi biasanya bahagian dapur je. Okay so kenapa aku cerita semua ni?
Faktor utama sebab aku takde tempat nak luahkan selain adik-adik aku. Memalukan family aku ni. Kawan-kawan takde sorang pon yang aku story sisi gelap aku. Biarlah aku pulak yang jadi hipokrit nampak happy padahal macam-macam aku dah redah.
Seterusnya, sebab aku nak pandangan orang-orang yang dah makan garam lebih dari aku. Jantan keparat ni ada cable merata-rata. Aku taktau macam mana nak pisahkan dia dari mak aku. Dia tu parasit. Tapi mak aku suka.
Aku cuma boleh berharap mak aku sedar je suatu hari nanti. Kitorang adik beradik malas nak ambik kisah sebab pikirkan kebahagian mak je. Maaf ye, kalau confession ni agak panjang. Tolonglah bagi komen nasihat yang membina. Bella (Bukan nama sebenar)
Sambungan… Hi semua. I am the confessor. Baru baca komen semua tak perasan confession dah keluar.
Kesimpulannya, aku memang boo layan je dorang sekarnag ni. Aku dengan mak dah okay balik dan dia sendiri jarang sebut pasal jantan tu dekat aku sebab tau aku tak akan respond. Ramai jugak yang kata biarkan je sebab mak pon nak bahagia.
OK lah aku biarkan je lah dorang dengan hidup dorang tu. Impian aku sekarang hanya untuk kumpul duit untuk adik-adik aku sekolah. Semua duit yang aku ada sebahagian besarnya untuk family sendiri. Kitorang takde sesiapa sudi membantu.
Sekurang-kurangnya biarlah adik-adik aku rasa dorang boleh bergantung pada aku. Apa-apa pun, untuk semua komen tak kisah la yang membina ataupun kecaman, aku ucapkan terima kasih dan aku hargai sangat. Aku terima komen-komen jahat tu sebab aku faham je kenapa korang cakap macam tu. Dah perangai family sendiri tak semenggah kan. Thank you again.
Komen warganet: