‘Kamu bukan perempuan murahan? Jadi kamu seperti seorang sukarelawan pelacur?’ – Bella Astillah tuju pada siapa?
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mengundang perhatian ramai apabila berkongsi beberapa ‘quote‘ atau ayat petikan tentang perempuan murahan di InstaStory miliknya.
Walaupun memaklumkan bahawa hubungan dia dan suaminya Aliff Aziz baik-baik saja, hantaran tersebut secara tidak langsung mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengikut.
Menerusi petikan pertama, pelakon berusia 29 tahun itu mempersoalkan diri sendiri sekiranya dia mahu ‘tag’ seorang individu dipercayai wanita.
Nak tag ke tak nak eh?
“Kamu bukan seorang perempuan murahan? Jadi kamu seperti seorang sukarelawan pelacur?,” kata petikan tersebut.
Satu lagi petikan pula menjelaskan mengenai maksud sebenar perempuan murahan, dimana pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu meminta orang ramai meneka gerangan individu dimaksudkan olehnya.
Tak pun korang hantar story ni kat dia
Sementara itu, Bella turut memuat naik sekeping foto dirinya mengakui dia tidak boleh bersikap toleransi terhadap wanita yang gemar mendekati lelaki yang sudah berpunya.
” Saya tidak tahan apabila seorang wanita tahu bahawa lelaki itu sudah berpunya, tetapi masih menjebakkan diri lagi. Ia menunjukkan betapa terdesak dan kasihan wanita itu.
“Selepas saya menaip namanya, perkataan secara automatik ditukar kepada ‘pelacur’. Tak hairanlah,” tulisnya hari ini.
‘Be classy not trashy’
Walau bagaimanapun, peserta program nyanyian Famili Duo itu tidak menyebut nama sebarang wanita pada setiap posting dikongsikan hari ini.
Terdahulu, dia kecewa dengan tindakan sebuah blog yang mendakwa Aliff bersikap curang sekali lagi disebabkan kemunculan foto dan video suaminya yang menjalani penggambaran drama di kelab malam.
Fitnah semata-mata!
Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.