Kamu OK bersama dengan perompak dalam kerajaan? Soal Pemuda AMANAH

Kamu OK bersama dengan perompak dalam kerajaan? Soal Pemuda AMANAH

Pemuda AMANAH Nasional menyokong sepenuhnya pendirian Timbalan Presiden, Dato’ Seri Salahuddin Ayub dalam perbahasan semalam.

Di dalam parlimen semalam, Salahuddin menegaskan, AMANAH tidak bersetuju sekiranya dalam perjalanan mengambil alih semula kerajaan kita mengambil perompak dan penyamun bersama dengan kita.

Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Shazni Munir menegaskan berkata, pihak yang menyindir, apatah lagi mencela pendirian ini perlu ditanyakan kembali.

“Apakah kamu ‘ok’ untuk bersama-sama dengan perompak dan penyamun dalam kerajaan?”

“Jawab soalan ini dulu. 😊,” katanya di laman Facebooknya hari ini.