Kanak-kanak hilang di Teluk Senangin, ditemui meninggal dunia

Kanak-kanak hilang di Teluk Senangin, ditemui meninggal dunia

 

Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang di kawasan Pantai Teluk Senangin, Lumut semalam, ditemukan meninggal dunia.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad mangsa dikenali sebagai Muhammad Faris Irfan ditemui nelayan pada 8.20 pagi tadi.

“Mangsa ditemui kira-kira dua batu nautika berhampiran Tanjung Hantu dari lokasi mangsa dipercayai hilang.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tamat sepenuhnya pada pukul 9 pagi, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada 3.19 petang semalam selepas ahli keluarga mangsa membuat laporan polis apabila menyedari kehilangannya kira-kira 1 tengah hari.

Operasi SAR dimulakan sejurus selepas itu dan ditangguhkan pada 6.30 petang, namun katanya pencarian dimulakan semula malam tadi susulan maklumat baharu diterima pihaknya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki yang didapati hilang selama dua hari terjawab apabila jasadnya yang sudah tidak bernyawa di di dalam sebuah kereta di Kota Tinggi, pada awal pagi Sabtu.

Mayat lelaki tersebut ditemui di dalam sebuah kereta di bahu kiri jalan di Kilometer (KM) 16 Jalan Bandar Penawar-Punggai.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora, pihak polis telah menerima aduan daripada orang awam berkenaan penemuan kereta terbabit pada jam 8.30 pagi, Sabtu.