Kanak-kanak lima tahun diculik dan dibunuh, malah dirogol sebelum dihumban ke dalam semak

Kanak-kanak lima tahun diculik dan dibunuh, malah dirogol sebelum dihumban ke dalam semak

 

Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun bukan sahaja diculik dan dibunuh, malah mayat mangsa turut dirogol sebelum dihumban ke dalam semak.

Kejadian yang berlaku di Kotamobagu, Sulawesi Utara dilakukan jiran kanak-kanak itu, yang dikatakan ‘sakit hati’ dengan bapa mangsa yang suka memasang muzik dengan kuat.

Detik.com melaporkan, Ketua Polis Kotamobagu, Dasveri Andi berkata, sebelum kejadian, mangsa yang dalam perjalanan memberi keropok dipanggil suspek supaya masuk ke dalam rumahnya, di Desa Inuai, Daerah Passi Barat, Bolmong.

Katanya, sebaik kanak-kanak itu masuk ke dalam bilik suspek mencekik mangsa sehingga mati.

“Selepas mendapati kanak-kanak itu sudah tidak bernyawa, suspek memasukkan mayat ke dalam guni dan membawanya ke dalam ladang berhampiran.

“Ketika itu, suspek merogol mayat mangsa dan dibuang di dalam semak samun sebelum melarikan diri,” katanya kepada Detik.com.

Dasveri berkata, mayat kanak-kanak itu ditemui empat hari selepas kehilangannya dalam keadaan putus kaki kiri.

“Kami mengandaikan mayat mangsa dimakan oleh haiwan kerana ia dibuang di kawasan ladang yang terdapat banyak binatang liar,” katanya.

Sementara itu, suspek dikenali sebagai Jemi Tambanua, 42, sudah ditahan polis.

Malah, lelaki itu mengaku membunuh kanak-kanak malang itu menerusi rakam video yang tular di media sosial.

Dalam video itu, Jemi dilihat disoal siasat oleh seorang pegawai polis di dalam kereta.

“Saya buang (mayat kanak-kanak), saya tertekans. Sakit hati kerana ayahnya selalu memasang muzik dengan kuat, mengganggu,” katanya melalui rakaman video yang dilihat Detik.com.