Kanak-Kanak OKU dibunuh, dibuang ke dalam semak

Kanak-Kanak OKU dibunuh, dibuang ke dalam semak

 

Muncul satu berita yang menyayat hati mengenai seorang kanak-kanak OKU yang berusia enam tahun telah dibunuh sebelum disumbat ke dalam guni dan dibuang ke dalam semak.

Mayat kanak-kanak itu ditemui dalam sebuah guni di Kampung Keranji, Bau setelah menahan suspek utama yang merupakan teman lelaki ibunya.

Pukul dan bunuh

Menurut Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon berkata ibu mangsa telah membuat laporan mengenai kehilangan anaknya pada 21 Disember.

Polis telah menahan suspek dan hasil soal siasat mendapati suspek bertindak memukul mangsa hingga tidak bernyawa, sebelum menyumbat ke dalam karung guni dan dibuang di kawasan semak.

Pada jam 6.45 petang (Rabu), suspek menunjukkan kepada polis tempat mayat kanak-kanak malang itu dibuang.

Ibu mangsa mengesahkan mayat anaknya itu berdasarkan pakaian dan anak patung yang masih dipegang oleh mangsa.

Menurut Poge, ibu mangsa juga ditahan kerana mangsa dipercayai telah dibunuh kira-kira lima hari sebelum laporan polis dibuat.

Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.