Kantoi bercinta dengan suami orang tapi penyondol pula selamba belasah isteri
Macam pelik kes ni, patutnya isteri orang tu la yang belasah penyondol tapi lain pula yang jadi. Memetik satu kejadian yang viral dekat Facebook, seorang wanita mendakwa dibelasah kekasih gelap suami.
Mangsa, Shinta Bella Syafirah yang baru berusia 21 tahun itu pada awalnya berjumpa dengan suspek. Ini selepas mereka bersetuju untuk berdepan bagi menyelesaikan masalah yang timbul.
Shinta pada awalnya menghantar mesej kepada suspek untuk bertanya mengapa ingin berkenalan dengan suaminya. Mangsa kemudian bertemu dengan suspek bernama Gina yang datang bersama seorang kawannya.
Mereka kemudian menyerang mangsa sehingga menyebabkan kecederaan teruk di kepala.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Lebong, Iptu Alexander pula berkata mangsa menyatakan bahawa suaminya telah mengajak suspek berkenalan menerusi Facebook tanpa pengetahuannya.
Namun, suspek kemudian berkongsikan screenshot perbualan dengan lelaki tersebut dan menularkannya di media sosial.
Suspek kemudian melarikan diri selama tiga minggu sebelum berjaya ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut.