Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji bertunang?

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji bertunang?

 

Tiada angin, tiada ribut, nama aktor tambahan menjadi bualan ramai apabila tular sebuah video di aplikasi TikTok yang dipercayai dimuat naik oleh kekasihnya.

Menerusi video tular, dipercayai aktor lelaki bertubuh sasa sedang ‘ghairah’ bercumbu di sebuah kelab malam bersama seorang wanita.

Susah senang bersama, mana janji nak tunang?

Pun begitu, apa yang menarik perhatian ramai bukanlah aksi mesra mereka, sebaliknya kapsyen yang ditulis oleh wanita berkenaan pada hantaran tersebut.

Dalam hantaran tersebut, wanita berkenaan meluahkan perasaan mengatakan dia sentiasa bersama pelakon drama Leftenan Zana baik ketika susah mahupun senang.

Akan tetapi, apabila lelaki berkenaan sudah hidup senang, janjinya mahu mengikat tali pertunangan pada tahun ini seakan tiada bayang.

“Susah senang bersama, bila dah senang, balasan macam ni yang dapat.
“Mana janji awak nak tunang tahun ni? Ini ke kejutan yang awak nak beri pada saya!”tulisnya.
@zirah370

tak mintak lebih mintak dihargai Sahaja😌#bukanlelakiterhebat #foryoupage #f #foryoupage #trending #tiktokmalaysia #foryou #tiktok #fypシ #fypage #fyp

♬ original sound – AmyliA RosnAdiA 🔥 – Nadiyaa032

Sakit sangat, harap perempuan tu jaga elok-elok..

Dalam hantaran yang sama, kekasih aktor berusia 31 tahun itu pasrah dan terima dengan apa yang berlaku selain turut mendoakan yang terbaik buat lelaki berkenaan bersama wanita lain.

“Sakit sangat awak balas jasa saya! Kepada perempuan itu, saya harap awak jaga dia macam mana saya jaga okey?”luahnya.

Bila dah senang, cari yang baru…

Video berkenaan mencuri perhatian ramai di mana warganet mengandaikan aktor yang terlibat aktif dalam industri hiburan sejak 2017 seperti kacang lupakan kulit setelah hidup senang.

Masalahnya, dia ni siapa?

Selain itu, ramai mengakui tidak kenal dengan aktor berkenaan meskipun wajahnya jelas terpapar menerusi hantaran video tersebut.

Hasil pemerhatian, wanita berkenaan pernah berkongsi pengalaman bercinta dengan selebriti.