Kantoi!!! Individu disebalik cadangan penggunaan RFID akhirnya terbongkar

Kantoi!!! Individu disebalik cadangan penggunaan RFID akhirnya terbongkar

Keputusan menggantikan penggunaan Smart Tag dan Touch N Go di lebuh raya dengan sistem Pengenalan menggunakan Frekuensi Radio (Radio-frequency identificationRFID)  terus mendapat bantahan ramai.

Tindakan yang dipercayai dilakukan dengan tujuan berasaskan keuntungan itu didakwa menindas rakyat di kala rakyat masih belum mampu bangkit daripada kesan kehancuran ekonomi akibat Covid-19.

Ramai yang tertanya-tanya, siapakah individu atau syarikat yang berjaya mengaut keuntungan besar hasil daripada perlaksanaan RFID ini.

Ini selepas pengguna media sosial mendedahkan begitu banyak kelemahan yang terdapat pada pelekat RFID yang dibeli dengan nilai semurah RM30 sekeping itu termasuk penggunaannya yang terhad hanya kepada sebuah kenderaan bagi 1 ‘sticker’ RFID.

Bayangkan, jika dahulu 1 alat pembaca Smart Tag atau kad Touch N Go boleh diguna bagi setiap kenderaan berbeza, kini jika seorang mempunyai lebih daripada 1 kereta, maka mereka terpaksa membeli tambahan ‘sticker’ bagi kegunaan kenderaan kedua dan seterusnya.

Salah seorang pengguna lebuhraya yang terkesan telah berkongsikan luahan ketidakpuasan hatinya dengan strategi licik pihak PLUS tersebut di dalam FB miliknya menggunakan nama Mohd Azrie Mat Nor.

Tulisnya,

KITA BUKAN MENOLAK PERUBAHAN

Abang dah 3x beli RFID ni..kali pertama beli tampal di lampu ( option yang ada kene tampal di lampu atau cermin depan) dan dah cuba lalu di RFID lane ,adakalanya ok dan adakalanya sangkut..bila nak ubah kedudukan stiker RFID ni dah tak boleh..tanggal je terus terkoyak..macam roadtax

Beli lagi kali kedua..kali ni pasang dekat cermin pulak..pun sama..ada detact ada tak detact bila lalu lane RFID..menyebabkan abang kene undur banyak kali dan tak pasal menyebabkan jemm..

Satu hari tu abang pegi basuh kereta dan mungkin stiker RFID tu terkopek sikit masa duk basuh kereta tu..akibat dari tu dah tak berapa.nak detact dah..so beli lagi la yang baru..

Manja betul stiker ni

Beli kali ketiga ni tak pasang lagi..tak tau dah nak pasang kat mana..

Jika di bandingkan dengan SMART TAG..rasanya lebih ekonomi ( beli sejak 10 tahun lepas) dan jarang la tak lepas lane dan detect bila kelajuan dalam 20-30km sejam melalui tol tanpa perlu berhenti..

Kan elok elok dah sebelum ni..teknologi smart tag ( lebih 15 tahun dah di gunakan) terbukti baik dan dah matang dah teknologi ni.

Tiba tiba di ganti dengan RFID yg baru lagi teknologinya dalam 3-4 tahun( belum matang) dan terus nak ubah banda yang dah matang ( smart tag)

In term of business, YESS… RFID ni bagus sebab menguntungkan pembuat RFID ni .

Sebab penguna kene beli banyak ( satu kereta satu RFID) dan stiker mudah rosak ( repeat sell akan berlaku untuk gantian) So boleh buat duit..

Tapi adakah ia bagus untuk rakyat?

Abang bukan menolak perubahan teknologi..

Tapi sebelum kita berubah secara total sepatutnya perlu pastikan teknologi baharu itu matang dan di tukar secara berperingkat..

Dari segi penjimatan..RFID hanya boleh guna satu kereta je..dan SMART TAG boleh di guna banyak kereta..( ambik je smart tag dan gunalah di kereta mana pun) ia lebih mudah dan ekonomi pada rakyat..

Sepatutnya teknologi apa pun yang di perkenalkan mestilah memberi keuntungan pada rakyat dan lebih baik dari teknologi sebelumnya..itu baru betul

Soalnya..

Siapa yang untung bila pertukaran RFID ini? Rakyat ke atau seseorang?

Apa keperluan mengantikan smart tag ke RFID..?

Kenapa perlu tergesa gesa menukar RFID?

Tak salah nak tukar RFID yg lebih bagus tapi kalau masih relevan SMART TAG kenapa perlu mansuhkan..kan bagus kalau ada pilihan..

Abang tanya ja..

Post ini bukan mengkritik sekadar menyuarakan apa yg terbuku di hati sebagai seorang rakyat marhean..

Jika berbeza pendapat antara kita..no heart felling..kita raikan perbezaan antara kita

Chill gais

Sementara itu, rakyat memohon tindakan kerajaan mendedahkan siapa disebalik cadangan penggunaan RFID ini bagi membuktikan tiada pihak yang mendapat ‘durian runtuh’ hasil daripada perlaksanaan ini.

Jika tidak, kerja tersebut akan diambil alih skuad ‘Tentera Bawang’ Malaysia.