Kantoi kerap keluar bersama, pelakon lelaki & wanita curang dengan pasangan masing-masing?

Kantoi kerap keluar bersama, pelakon lelaki & wanita curang dengan pasangan masing-masing?

 

Dua pendatang baru dalam industri hiburan dikatakan sedang angau bercinta selepas dua keping gambar mereka tersebar.

Pelakon lelaki dan wanita itu pertama kali digandingkan bersama menerusi filem yang mencetus kontroversi baru-baru ini.

Menurut sumber Harian Metro yang menghantar dua keping foto, mereka berdua dilihat keluar bersama malah sangat mesra dan romantis.

Bagaimanapun, difahamkan sebelum ini kedua-dua mereka pernah mengaku mempunyai kekasih dan dalam hubungan serius.

Cubaan pihak media menghubungi kedua-dua pelakon itu untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang status terkini mereka tidak berjaya selepas panggilan telefon tidak dijawab dan mesej tidak dibalas.