Kantoi!!! Mantan Menteri Kesihatan dedah pembohongan DG KKM, nafi keputusan berasaskan sains dan data

Kantoi!!! Mantan Menteri Kesihatan dedah pembohongan DG KKM, nafi keputusan berasaskan sains dan data

Dr Dzulkifli Ahmad, mantan Menteti Kesihatan kerajaan PH telah memuatnaik satu ciapan di Twitter membongkar perancangan jahat kerajaan PN menggunakan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, TS Noor Hisham Abdullah ketika membuat keputusan menangguhkan baki sidang Dewan Rakyat yang sepatutnya bersambung esok.

Menurut siaran surat dari pejabat Parlimen yang ditandatangani oleh setiausaha Parlimen, penangguhan sesi sambungan sidang DR itu dilakukan atas alasan bimbangkan penularan Covid-19 selepas 11 orang dikesan positif Khamis lepas.

Namun keputusan tersebut disangkal oleh Dr. Dzilkifli kerana ianya tidak berasaskan sains. Dalam ciapannya, beliau membentangkan fakta sains yang wajar menjadi asas kepada tindakan KKM untuk menghentikan sidang DR esok.

1. Keputusan Ujian 23 Julai:
Positif 53/1925 dgn Kadar Positif 2.8%
DEWAN BOLIH BERSIDANG pd lsnin 26 Julai.

2. Keputusan Ujian 29 Julai:
Positif 11/1183 dgn Kadar Positif 0.9%
TIDAK BOLIH BERSIDANG pd Isnin 2 Ogos, 2021!
Di mana Sainsnya? Fikir2kan.. @KKMPutrajaya
@DGHisham

Oleh kerana berlaku kepincangan dalam keputusan tersebut, MP Pakatan Harapan tetap akan hadir ke parlimen Isnin ini bagi menyempurnakan baki persidangan DR.