Kantoi!!! Najib dedah sikap Muhyiddin bela tokeh kilang berbanding peniaga kecil ketika PKP
Najib Razak terus membidas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) kini diperluas ke seluruh negara, lewat petang semalam.
Dalam beberapa siri hantaran di Facebook, bekas perdana menteri itu mempersoalkan keberkesanan PKP 2.0 dan PKP 3.0 untuk memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.
“60 peratus kluster daripada gelombang Covid-19 ini adalah dari kilang dan tapak pembinaan.
“Tapi kilang dan tapak pembinaan juga yang terus dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP 2.0 dan PKP 3.0.
“Jadi, begaimana nak harap PKP 2.0 dan PKP 3.0 untuk putuskan rantaian Covid-19?” soalnya.
Menurut Najib, Muhyiddin dan barisan menteri kabinetnya akan memberi alasan, keputusan membenarkan kilang dan tapak pembinaan terus dibuka adalah supaya rakyat mampu “mencari makan.”
“Saya bagi fakta. Sejak darurat diumum 11 Jan: Kilang-kilang dan tapak pembinaan milik tauke besar atau milik syarikat asing tak pernah tutup walau sehari pun. Kkedai-kedai kecil tutup dua bulan (11 Jan sehingga 4 Mac).
“Sektor pelancongan yang melibatkan berjuta orang tutup atau sangat terjejas dari 11 Jan hingga kini sebab larangan rentas negeri.
“Sektor pendidikan termasuk sektor berkaitan seperti pengusaha bas sekolah tutup dua bulan (11 Jan hinnga 4 Mac) lalu tutup semula bulan Mei,” katanya.
Dia berkata turut ditutup adalah sektor hiburan yang ditutup sejak 11 Jan hingga kini iaitu lima bulan tanpa sebarang pendapatan.
“Lain-lain sektor sekejap dibenar buka, sekejap diarah tutup atau sangat terjejas sebab ramai pelangan kurang keluar rumah selagi jumlah kes Covid-19 tinggi.
“Adakah hanya tauke-tauke besar serta pemilik asing perlu cari makan tapi berjuta-juta orang biasa dari sektor tempatan lain serta keluarga mereka tak perlu makan?” katanya.
Dalam pengumuman semalam, Muhyiddin memaklumkan PKP kali ini berkuat kuasa dari 12 Mei hingga hingga 7 Jun.
Ini tidak termasuk larangan yang telah diumumkan lebih awal Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mei lalu, iaitu larangan rentas daerah dan negeri, larangan aktiviti sosial, sukan dan pendidikan – yang berkuat kuasa 10 Mei hingga 6 Jun.
Namun, semua sektor ekonomi masih dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP.
Muhyiddin juga berkata, hanya tiga individu dibenarkan berada dalam satu kenderaan termasuk pemandu bagi kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing.
Mengulas perkara itu, dalam satu hantaran berasingan, Najib turut mempersendakan arahan berkenaan.
“PKP 1.0: Hanya 1 orang dalam kereta, PKP 2.0: Hanya 2 orang dalam kereta.
“PKP 3.0: Hanya 3 orang dalam kereta, PKP 4.0 – ? PKP 14.0 – ?” soalnya. – MK