KANTOI| Pegawai Muhyiddin termengaku darurat adalah langkah politik selamatkan kerajaan PN

KANTOI| Pegawai Muhyiddin termengaku darurat adalah langkah politik selamatkan kerajaan PN

Seorang pegawai kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hari ini mengakui bahawa perisytiharan darurat adalah langkah politik bagi menyelamatkan kedudukan Perikatan Nasional.

Menurut Azman Mat Hussin, perisytiharan darurat oleh Muhyiddin petang tadi telah sekaligus “checkmate” musuh-musuh politik Muhyiddin.

Pengakuan pegawai Mubyiddim melalui Facebook

“Hangpa ingat hangpa terer? Tnggu sat lagi,” kata Azman sebelum perisytiharan darurat dibuat.

Pengakuan Azman di Facebook

“Kan aku cakap dah… Hangpa ingat hangpa terrer ka,” kata Azman selepas perisytiharan darurat dibuat, dipercayai keberjayaan Muhyiddin menyekat langkah-langkah politik yang dilakukan oleh UMNO.

Pengakuan pegawai Muhyiddin melalui Instagram

“Checkmate semua.. tunggu pengumuman ye..,” kata Azman melalui Instagram.

Kerajaan Muhyiddin telah hilang majoriti baru-baru ini, ekoran pergelutan kuasa di antara partinya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan UMNO.

Dua Ahli Parlimen UMNO, iaitu Ahmad Jazlan Yaakub dan Nazri Aziz telah menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, menjadikan kedudukan majoriti Muhyiddin berkurang kepada 109 Ahli Parlimen sahaja.

Walau bagaimanapun, Muhyiddin telah mengisytihar darurat hari ini, bagi menggantung sidang Parlimen dan Dewan Undang Negeri.

Perisytiharan darurat ini sekaligus berjaya mengelak usul tidak percaya dibuat terhadapnya.

Azman juga dikenali sebagai “Man Panching”

Semakan ke laman Facebook Azman mendapati beliau merupakan pegawai video Muhyiddin Yassin.

Beliau juga bekas calon AJK Bahagian Bersatu Putrajaya.

Berita penuh: https://inisabahbah.com/pegawai-muhyiddin-akui-darurat-langkah-politik/?lang=ms&fbclid=IwAR3xomHEtChQLfr7B0Xqfb4nrtCdC35q5VmJVPrSR7DcVGaaoCIki8Ntwkg