Kantoi!!! Penemuan mengejutkan kisah di sebalik keputusan membuka sesi persekolahan tergesa-gesa

Kantoi!!! Penemuan mengejutkan kisah di sebalik keputusan membuka sesi persekolahan tergesa-gesa

Dalam usaha kerajaan menangani kelemahan guru mengaplikasi arahan PdPR secara dalam talian menyebabkan kerajaan mengambil jalan ringkas dengan menyediakan siaran DidikTv melalui saluran NTV7 yang telah dirasmikan oleh Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Meskipun mendapat pujian pada peringkat awalnya, tak semena-mena kerajaan melalui menterinya Radzi Jidin telah membuat kejutan mengumumkan permulaan sesi persekolahan 3 hari selepas pelancaran stesen tv pendidikan itu.

Rata-rata ibu-bapa mulai meluahkan kekecewaan mereka dilaman media sosial secara terbuka hasil keputusan tergesa-gesa menteri yang sudah banyak menyusahkan mereka semenjak bermulanya PdPR ini.

Ianya seolah sudah menjadi satu habit buat menteri tersebut yang dilihat sering membuat keputusan separuh matang tanpa mengambil kira keupayaan ibu-bapa pelajar.

Tatkala ibu-bapa bergolok bergadai cuba memenuhi keperluan menyediakan tablet dan laptop anak-anak, sehinggakan ada yang meminjam pada along (ceti berlesen ataupun yang haram), malah ada yang masih belumpun membuat pembayaran pertama hutang alat berkenaan tidak langsung dipertimbangkan oleh sang menteri ketika membuat keputusan.

Namun setelah disiasat, rupanya terbongkar satu kisah yang sangat mengejutkan disebalik keputusan membuka semula sesi persekolahan bersemuka itu. Apa yang sebenarnya berlaku ialah menteri dan kerajaan merasakan mereka agak ketinggalan dalam membantu keluarga pelajar-pelajar yang bermasalah memiliki alat bantuan belajar PdPR seperti laptop dan tablet ini.

Dalam satu kajian dalaman yang dikongsi, kelibat bekas menteri belia dan sukan dan timbalannya zaman PH dahulu, Syed Saddiq dan Steven Sim jauh mendahului menteri-menteri kerajaan Perikatan Nasional dalam mengagihkan bantuan alat tersebut, meskipun jelas mereka berdua tidak lagi delisediakan , sebarang peruntukan sepertimana ahli-ahli parlimen PN sendiri.

Bayangkan bagaimana Syed Saddiq dengan program crowdfund Botak Challengenya dalam menggerakkan kempen ‘1 komputer 1 keluarga’ bagi kawasan parlimennya sahaja telah mampu mendapatkan sumbangan hampir RM400 ribu, dua kali ganda dari sasaran yang diletakkannya iaitu sekadar RM200 ribu sahaja dengan jumlah keluarga yang menerima laptop dan tablet berjumlah 250 keluarga dengan 300 penerima.

Begitu juga dengan timbalannya, Steven Sim tanpa diduga juga berjaya menggerakkan program ‘Asai Ceq Mau Pi Sekolah’. Bermula dari kosong (0) dia mengorak langkah bersama team parlimennya mencari dana membiayai pembelian tablet dan laptop yang mana akhirnya dia telah berjaya mendapatkan sebanyak 400 tablet + laptop hasil kejayaan program ini.

Apa yg lebih membanggakan, turut bersama-sama menyumbangkan peranti yang diperlukan ialah wirawan negara, Datuk Lee Chong Wei, anak kelahiran kawasan parlimen tersebut yang telah menyumbang 20 laptop dan 50 tablet.

Ternyata usaha mereka berdua sebagai contoh dalam menggerakkan sumbangan demi menjayakan usaha perlaksanaan PdPR secara dalam talian ini begitu memberi kesan yang begitu menakutkan kerajaan PN ketika ini.

Menurut sumber lain, Muhyiddin begitu marah dan tertekan dengan dapatan kajian itu. Malah ketika beliau sedang tertekan dengan pertelingkahan sesama rakan komponen dalam kerajaannya, kejayaan MP pembangkang menggerakkan bantuan sumbangan gajet dan laptop bagi tujuan PdPR ini ternyata menambahkan lagi beban sedia ada yang terpakaa ditanganinya ketika ini.

Jadi langkah yang terpaksa diambil bagi menyekat kemaraan pembangkang ini adalah dengan mengarahkan menteri membuat pengumuman segera pembukaan semula sekolah-sekolah, meskipun kurang 3 hari sebelum itu dia sendiri mengharapkan kejayaan yang besar dalam pendidikan akan tercipta melalui DidikTv yang dilancarkannya.

Mahu tidak mahu, Muhyiddin terpaksa sekali lagi bertindak gila bagi mengelakkan undi anak muda terus beralih kepada pembangkang, seperti yang ditunjukkan di laman-laman media sosial mesra anak muda kebelakangan ini.