Kantoi!!! Razman tertidur keletihan atau kesan kencing manis kronik?

Kantoi!!! Razman tertidur keletihan atau kesan kencing manis kronik?

Semalam berkesempatan mengendalikan bual bicara bersama YB Pak Teh Razman Zakaria dan YB senator ust Idris Ahmad . Tajuk bicara sempena setahun PAS dalam kerajaan negeri Perak.

Ust Idris bersiaran dari kawasan beliau di Bukit Gantang manakala saya dan YB Razman di kediamannya di Ipoh.

Saya sampai seusai maghrib dan telah menunggu pegawai khas Pak Teh Syahril Md Suki . Selang beberapa minit Pak Teh keluar.. Katanya tertidur kepenatan. Syahril memaklumkan mereka baru sampai waktu maghrib dari Semanggol.

Demikian jadual padat Pak Teh. Saya lihat beliau memamg ketara kepenatan namun sempat berbincang soalan dan beliau membuat ulangkaji sebelum bersiaran.

Ternyata apabila bersiaran langsung beliau seakan mendapat booster luar biasa. Berganding dengan ustaz Idris yang juga seorang pimpinan yang bekerja keras. Beliau berkejar seusai kuliah maghrib di surau. Memang bertenaga… Rugi tak dengar..

Terima kasih semua yang terlibat.. Abdul Halim Abu Hassan yang menjadi pengurus online, Muhammad Hasrul Qoorata dan semua yang terlibat merancang dari awal.