Kantoi!!! Setelah berdolak dalih, akhirnya suami Serina Chef Wan mengaku
Suami Serina Redzuawan, Meor Mohammad Aidid yang juga pegawai polis bertugas di Perlis, sedia bekerjasama dengan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) negeri itu berhubung isu permohonan bernikah kali kedua.
Aidid mengaku sedang disiasat JIPS Perlis berhubung isu permohonan bernikah kali kedua dengan Serina yang juga anak Chef Wan.
“Saya sedia bekerjasama dengan pihak berwajib. Saya dapat tahu, bekas isteri, Nur Hamizah Shaffee membuat membuat laporan polis konon dia dimadukan tanpa kebenaran. Saya sedia bertanggungjawab,” katanya kepada BH Online.
Aidid berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid yang dilaporkan menyerahkan siasatan kes membabitkan Aidid dalam isu permohonan berkahwin kali kedua dengan Serina kepada JIPS Perlis.
Mior Faridalathrash dipetik sebagai berkata, Aidid sudah bertukar ke bertukar ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Perlis.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan dakwaan Nur Hamizah bahawa perkahwinan pasangan itu berlangsung sewaktu Aidid masih bergelar suami kepadanya selain tidak menyalahkan kenyataan dibuat Chef Wan.
Aidid mendakwa, hubungan dengan bekas isteri sudah lama bermasalah dan hambar.
“Hati saya sudah lama tertutup untuknya. Saya bernikah dengan Serina, Februari lalu dan dia bukan punca kami berantakan.
“Benar, ketika bernikah kali kedua, Nur Hamizah masih isteri saya. Itu fakta yang tidak boleh dinafikan.
“Lagipun, ketika itu proses tuntutan cerai mengambil masa. Kami sah bercerai pada 9 Mac lalu. Sekarang hanya Serina isteri saya. Tidak timbul lagi kisah atau perihal bermadu,” katanya.
Aidid turut menjelaskan bekas isteri yang membuat tuntutan cerai.
“Dia yang tuntut cerai. Saya ada bukti tuntutan cerai itu. Dia tuntut cerai atas alasan tiada lagi persefahaman antara kami,” katanya.
Aidid berkata, dia hanya mahu hidup bahagia dengan Serina dan dua anak tirinya.
“Saya ikhlas menyayangi Serina dan anaknya. Dia bukan perosak rumah tangga saya. Malah, dia yang memberi semangat supaya saya tidak menyimpan dendam dengan kisah lalu.
“Serina juga wanita matang, bijak mengurus kehidupan, berdikari, berani serta dedikasi dalam perniagaan dan tugas yang diamanahkan. Saya juga menghormati komen bapa mentua (Chef Wan). Insya-Allah saya dan isteri akan memperbaiki kekurangan diri.
“Saya berjanji akan menjaga Serina, anak dan rumah tangga kami dengan baik,” katanya.
Jumaat lalu, Serina mengesahkan dirinya bergelar isteri buat kali kedua menerusi hantaran di Instagram.
Kontroversi bermula apabila Chef Wan atau nama sebenar, Datuk Redzuawan Ismail yang mendakwa dia terluka dan kecewa dengan tindakan Serina membelakangkannya apabila melangsungkan pernikahan dengan Aidid.
Sebelum ini, Serina pernah mendirikan rumah tangga dengan Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010.
Bagaimanapun, mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saffiya, 10. – HM