Kantoi suka intai perempuan mandi, lelaki akhirnya dicekup polis

Kantoi suka intai perempuan mandi, lelaki akhirnya dicekup polis

 

Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai sering mengintai jirannya mandi dekat Kampung Seronok di sini, terbongkar selepas ditahan polis, pagi semalam.

Tindakan itu disedari mangsa pada jam 8 pagi selepas menerima video yang dirakam anak jirannya, menunjukkan suspek sedang mengintai dari bahagian belakang bilik mandi wanita berkenaan.

Berdasarkan video terbabit, suspek yang juga warga tempatan itu didakwa berdiri di atas kerusi bagi mengintai mangsa.

Mangsa yang terkejut dengan video yang diterima menerusi aplikasi WhatsApps itu kemudian memaklumkan kejadian terbabit kepada suaminya sebelum membuat laporan polis.

Sementara itu, menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, suspek yang berusia 32 tahun itu ditahan sejurus pihak polis menerima laporan daripada mangsa.

“Hasil soal siasat mendapati suspek sudah beberapa kali mengintai mangsa sebelum ini.

“Suspek kini ditahan reman sehingga 6 April dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi laman Facebook di sini, hari ini.