Kantoii!!! Gambar Ismail Sabri langgar SOP dipadam

Kantoii!!! Gambar Ismail Sabri langgar SOP dipadam

Menteri Kluster Keselamatan, Ismail Sabri dikesan melanggar arahan SOP Covid-19 apabila mengabaikan pemakaian topeng muka ditempat awam dalam satu majlis rasmi Mindef di PU Sendayan semalam.

Namun gambar tersebut didapati telah dibuang pentadbir akaun media sosial rasmi Instagram Mindef setelah netizen menyerang bertanyakan hal sebenar dalam ruangan komen.

Walaubagaimanapun atas kecekapan netizen, gambar yang telah dibuang itu sempat ditangkap layar bagi dijadikan bukti berlakunya pelanggaran SOP tersebut.

Dalam pada itu, netizen mengambil kesempatan menyindir menteri tersebut  seolah-olah bercakap tak serupa bikin. Rata-rata yang meninggalkan komen jelas tidak berpuas hati sikap kerajaan yang semakin kerap mengamalkan undang-undang pilih kasih.

Semalam, negara dikejutkan dengan berita presiden parti Gerakan yang berkongsi berita palsu ketika menyampaikan ucapan dasar persidangan perwakilan nasional tahunan parti itu.

Kesemua kesalahan ini berlaku selepas kerajaan bertindak menaikkan saman kesalahan pelanggaran SOP dari RM1 ribu kepada RM10 ribu, manakala kesalahan menular berita palsu pula bakal didenda tidak lebih RM100 ribu atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.