Karikatur beruk pakai tengkolok, Fahmi Reza sahkan dipanggil Bukit Aman

Karikatur beruk pakai tengkolok, Fahmi Reza sahkan dipanggil Bukit Aman

Pelukis grafik satira politik terkenal tanah air. Fahmi Reza mengesahkan dirinya telah dihubungi pihak polis Bukit Aman berhubung satu siaran karikatur beruk bertengkolok di dalam FBnya semalam.

Berita tersebut dikongsinya dalam hantaran FBnya sebentar tadi.

Aku dah terima panggilan telefon dari polis Bukit Aman. Tak sampai 15 jam polis dah buka kertas siasatan bawah #AktaHasutan dan #AktaSakitHati kerana grafik satira #beruk yang aku post malam tadi. Polis minta datang balai untuk disoalsiasat petang ni juga. Kita jumpa kejap lagi PDRM!

#SatireIsNotACrime

Semalam, aktivis rakyat tersebut memuatnaik satu lakaran karikatur seekor beruk memakai tengkolok yang dipercayai bertujuan membalas lakaran karikatur parlimen beruk yang telah dibeli oleh Sultan Selangor baru-baru ini.

Sehingga kini, karikatur tersebut telah berjaya mendapat sebanyak 12 ribu tanda suka dan hampir seribu perkongsian pengikutnya tidak sampai 24 jam dimuatnaik.