Kasih seorang bapa, sanggup keluarkan duit tabung haji demi nak jamin anak kena tahan

Kasih seorang bapa, sanggup keluarkan duit tabung haji demi nak jamin anak kena tahan

 

Sudah ditatang sejak kecil, bila membesar menyusahkan ibu bapa namun orang tua ini jugalah yang sanggup gadai nyawa dan harta demi anak.

Seorang peguam, Aminahtul Mardiah yang berkongsi kisah dirinya mengendalikan prosiding dalam mahkamah.

Menerusi TikTok, beliau berkongsi kisah seorang bapa yang mengeluarkan simpanan tabung haji demi menjamin anaknya, Orang Kena Tuduh (OKT).

@aminahtulmardiah

Takpe, saya keluarkan duit tabung haji #TikTokGuru #jombelajar #inspirasiramadan

♬ Islam – Lafina

Anak yang sudah menjangkau usia 28 tahun dikatakan terjebak dengan barang terlarang tapi nasib baik kerana kesalahan tersebut masuk dalam kategori yang boleh bebas dengan jaminan.

Lebih memilukan yang hadir untuk mengikat jamin adalah seorang lelaki yang sudah terketar-ketar tangan.

Mendengar kehendak si ayah, Aminahtul dengan perasaan sayu menyerakan semula duit jaminan tersebut.

Aminahtul juga menasihatkan si ayah untuk melepaskan anaknya untuk kali ini dan gunakan duit itu untuk pergi tunaikan haji.