“Kata la apa pun..” – Selepas dakwaan tumbuk Nurul Shuhada tiga kali, Hafidz Roshdi post video bersama anak-anak

“Kata la apa pun..” – Selepas dakwaan tumbuk Nurul Shuhada tiga kali, Hafidz Roshdi post video bersama anak-anak

 

Selepas keluar laporan berita berhubung dakwaan menumbuk isterinya, pelakon Hafidz Roshdi dilihat tenang memuat naik satu hantaran video di laman Instagram mempromosikan sebuah produk vitamin kanak-kanak.

Video tersebut memaparkan pelakon berusia 29 tahun itu bertemu dengan anak-anak sebelum memberikan dua cahaya matanya merasai kelazatan vitamin tersebut.

 

Menerusi kapsyen, Hafidz menyatakan orang ramai tidak akan memahami kasih sayang diberikan seorang bapa terhadap anak-anak tercinta selain meletakkan tanggungjawab sebagai nombor satu.

“Kata la apa pun. Orang bukan tahu mcm mana Abah sayang anak-anak. Tanggungjawap dekat anak-anak tetap nombor syatu,” tulisnya sebenar tadi.

Pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu turut meletakkan hashtag atau tanda pagar antaranya #AbahMithali #DudaAnak2 #persatuandudaseanterodunia #kitabeliberas sehingga mencuri perhatian pengikut.

Walau bagaimanapun, dia bertindak menutup ruangan komen daripada menerima sebarang reaksi selepas beberapa hari dipenuhi cemuhan dan kecaman warganet.

Terdahulu, ahli keluarga mengesahkan isteri Hafidz iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri didakwa ditumbuk pelakon tersebut selepas berlaku pertengkaran berdekatan kawasan rehat dan rawat (R&R) di sekitar Sungai Buloh, Selangor awal pagi tadi.

Disebabkan kejadian terbabit, Nurul Shuhada mengalami luka pada bahagian wajahnya sehingga terpaksa menerima jahitan akibat kecederaan tersebut.

Malah, kecederaan itu juga dimaklumkan Nurul Shuhada menerusi beberapa posting di InstaStory dengan memohon maaf kerana belum dapat memberi kerjasama terhadap rakan-rakan, pihak media dan klien.